in , ,

LoveLove SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Lakonan Terakhir Paul Walker, Filem BRICK MANSIONS

Filem BRICK MANSIONS merupakan filem terakhir yang lakonan Paul Walker yang berjaya disiapkan sebelum kematiannya.

Ia merupakan pembikinan semula filem Perancis B13 yang penuh dengan aksi Parkour dan menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu. Menjanjikan aksi Parkour dan lawan yang menarik, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan filem versi baru filem aksi Perancis sebelumnya yang bertajuk District 13, diarahkan oleh Camille Delamarre pada 6 Ogos ini, pukul 9.30 malam di TV2. 

poster Brick mansions

Berlatarkan masa hadapan, filem adaptasi ‘Brick Mansions’mengangkat daerah Detroit, Amerika Syarikat sebagai sebuah daerah yang gersang dan sunyi tanpa sebarang kawalan keselamatan.

Kekuatan filem ini bersandarkan kepada dua orang pelakon yang memegang peranan utama iaitu Paul Walker sebagai detektif Damien Collier dan David Belle sebagai Lino Dupree. Ia menonjolkan aksi-aksi stunt Walker yang sememangnya menarik dan penuh gaya serta turut dibintangi oleh RZA.

Dalam filem ini, Walker memegang watak Damien Collier yang merupakan seorang pegawai yang menyamar dalam satu kumpulan yang ingin meletupkan bom.

Kisahnya bermula dengan situasi Brick Mansion dikawal oleh ketua yang tidak berperikemanuasian, situasi itu menyebabkan seorang pemuda nekad untuk menumbangkannya. Menyedari ancaman dari pemuda itu, ketua penjenayah tersebut telah menculik kakak pemuda tersebut. Pemuda tersebut cuba menyelamatkan kakaknya tetapi gagal sehingga dia dipenjarakan. 

Enam bulan kemudian, seorang polis yang menyamar dengan nama Damien telah diberi satu misi penting untuk menyelesaikan kes bom otomatik canggih telah dicuri oleh ketua penjenayah tersebut. 

Bom tersebut akan meletup dalam masa 24 jam dari masa yang diaktifkan dan Damien kesuntukan masa untuk menyelamatkan keadaan. Oleh itu Damien (Paul Walker) menyarankan polis supaya membenarkan pemuda (David Belle) membantunya untuk menyelesaikan misi tersebut. Namun apakah pengakhirannya? Ikuti kesudahan babak-babak aksi ini di TV2.

Antara salah satu adegan Walker dalam filem Brick Mansions
brick-mansions-
Catalina-Denis-Brick-Mansions-

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nabila Huda Jawab Isu Sindir Penyanyi Muda ‘Bodoh’ dalam Durian dengan Mi Segera Pedas

ZAHIRAH MACWILSON

Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson Pilih Februari 2020