in ,

Filem BEAUTY AND THE BEAST Lulus Tayangan di Malaysia Tapi Dengan Sedikit Potongan

Lembaga Penapisan Filem (LPF) memberi lampu hijau untuk filem Beauty and The Beast ditayangkan di pawagam di negara ini dengan sedikit potongan. Menurut Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid filem yang dinantikan ini diluluskan dengan klasifikasi P13 dengan sedikit potongan.”

Klasifikasi P13 bermaksud kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dinasihatkan memerlukan bimbingan ibu bapa.

Abdul Halim berkata, potongan membabitkan adegan homoseksual di dalam filem berkenaan.

BEAUTY AND THE BEAST

LPF Lulus Beauty and the Beast Dengan Sedikit Potongan

Tambahnya, selepas pengumuman dibuat oleh pengarah filem berhubung adegan terbabit, LPF perlu mengambil perhatian kerana ia merupakan isu sensitif.

“Kita telah meluluskan filem ini maka tiada lagi isu dengan LPF. Sebaik sahaja filem mendapat kelulusan, ini bermakna ia boleh ditayangkan. Bagaimanapun, tarikh tayangan dan di mana lokasi tayangan bukan di bawah bidang kuasa LPF. Kita hanya mengambil perhatian terhadap kandungan dan membuat keputusan sama ada sesebuah filem itu mendapat kelulusan atau tidak,” katanya.

Tambah Abdul Halim, perkara tersebut bergantung kepada pengedar filem dan pengusaha pawagam.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Ia menampilkan bintang terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Bollywood Terbesar Da-Bangg The Tour 2017 Salman Khan Malaysia

BBC Player Kini Di Malaysia