in

Filem Animasi Popular di Astro Best Sempena Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah bakal tiba dan pastinya ramai kanak-kanak tidak sabar untuk menikmati waktu senggang mereka dengan pelbagai aktiviti yang menghiburkan. Bagi meraikan cuti sekolah yang akan bermula pada 11 – 19 Mac 2016 ini, lima buah filem kartun popular iaitu The Good Dinosaur, The Peanuts Movie, Alvin and the Chipmunks – ‘The Squeakquel’, Alvin and the Chipmunks- ‘Chipwrecked and Road Chip’ dan Inside Out akan ditayangkan di Astro Best (saluran 481) bermula dari 4 Mac 2016 lalu sehingga 9 Mei 2016. Pelanggan boleh turut melanggan filem-filem ini menerusi Astro Best On Demand (OD Store).

Untitled

Astro Best Rai Musim Cuti Sekolah Dengan Edisi Filem Kartun Popular

Berikut merupakan info lanjut mengenai lima buah filem kartun tersebut:

The Good Dinosaur
Tarikh tayangan : 4 – 17 Mac 2016

Arlo, seekor anak dinasour terpisah dengan keluarganya akibat dihanyutkan oleh arus banjir yang deras dan menyebabkan beberapa kecederaan di badan beliau. Dalam ketakutan, beliau bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki yang ceria dan baik hati bernama Spot. Spot bersahabat dengan Arlo dan menawarkan diri untuk membantu Arlo mencari jalan pulang. Pelbagai peristiwa menarik dan melucukan yang mereka tempuhi bersama dalam penggembaraan untuk menyatukan Arlo dengan keluarga tercintanya.

The Peanuts Movie
Tarikh tayangan : 8 Mac – 9 Mei 2016

Charlie Brown merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berfikiran positif dan sentiasa memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya. Pada suatu hari, seorang gadis berambut perang berpindah ke kawasan kediaman Charlie dan beliau cuba mencuri perhatian gadis itu. Sahabatnya, Snoopy dan Peanuts sentiasa bersama Charlie dan mereka saling membantu dalam setiap perkara yang dihadapi.

Alvin and the Chipmunks- The Squeakquel
Tarikh tayangan : 25 Mac – 14 April 2016

David Seville menghantar Alvin dan dua rakannya, Simon dan Theodore ke sebuah sekolah untuk kembali belajar. Sementara itu Ian Hawke yang gagal mendapatkan Alvin and the Chipmunks berusaha mencari bakat baru yang mampu menyanyi dan menari dengan baik seperti Alvin dan rakan-rakannya. Pencarian Ian berakhir ketika apabila beliau menemukan The Chipettes yang dianggotai oleh Brittany, Jeanette dan Eleanor. Ian merancang untuk menjadikan The Chipettes bintang terkenal seperti kumpulan Alvin and the Chipmunks.

Alvin and the Chipmunks- Chipwrecked and Road Chip
Tarikh tayangan : 25 Mac – 14 April 2016

Dave merancang untuk melamar kekasihnya dan untuk itu, beliau harus mendapatkan persetujuaan daripada chipmunknya iaitu Alvin, Simon dan Theodore. Ketiga-tiga mereka beranggapan Dave akan mengabaikan mereka jika Tuannya itu berkahwin dengan kekasih hatinya. Oleh itu, Alvin, Simon dan Theodore ke New York untuk menjalankan misi menghalang lamaran Dave kepada kekasihnya.

Inside Out
Tarikh tayangan : 8 Mac – 31 Mac 2016

Riley, seorang gadis berusia 11 tahun memiliki lima emosi di dalam fikirannya iaitu Joy, Fear, Anger, Disgust dan Sadness. Kelima-lima emosi ini menguasai fikian Riley dan mengendali kehidupan sehariannya. Keadaan menjadi rumit apabila Riley berpindah ke San Fransisco dan beliau harus berusaha keras untuk mengadaptasi dirinya dengan kehidupan baru di kota itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotel Review: An Arabian Tale at PALAIS FARAJ SUITES & SPA

TV AlHijrah Bakal Lancar Peraduan 48 Tahun Setia Bersama Faiza