in , , ,

Filem ANAK HALAL Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember Ini!

‘Anak Halal’ sebuah filem bercorak drama aksi arahan Osman Ali dijangka bakal menggegar pawagam seluruh Malaysia 13 Disember 2007 ini.

‘Anak Halal’ yang sarat aksi, drama, kasih sayang dan pengorbanan ini buat pertama kali menampilkan Maya Karin sebagai remaja lasak ala ‘tomboi’. Selain keserasian di antara pelakon, dialog yang digunakan turut memberi impak hebat bagi menggambarkan realiti kehidupan segelintir anak muda masa kini.

Filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini, mengisahkan kepincangan hidup segelintir anak jalanan yang terpaksa berjuang meneruskan kehidupan di celah celah kota metropolitan, Kuala Lumpur. Osman Ali wajar mendapat pujian, apabila berjaya membuai perasaan penonton seolah olah mereka adalah sebahagian dari kehidupan watak-watak seperti Inderaputera, Jo, Amiera, Erzan, Milya dan lain lain.

Osman Ali juga berjaya mengupas permasalahan sosial dengan baik dan jelas ke layar perak. Gandingan mantap Maya Karin, Fasha Sandha, Raja Farah, Farid Kamil, Adi Putra, Jehan Miskin, Zulhuzaimi, Bront Palarea dan Remy (pelakon baru) sebagai sekumpulan remaja yang mempunyai jalinan persahabatan yang begitu akrab pasti mengujakan peminat layar perak.

Tayangan Unggul Sdn Bhd kini giat menjalankan publisiti filem ‘Anak Halal’ seperti jelajah ‘Anak Halal’ ke utara dan selatan tanahair, kuiz radio, pemberian pas percuma, tayangan eksklusif, makan malam bersama artis dan lain-lain.

poster anak halal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Style Her Famous, Tips Solekan & Cara Dandanan di 8TV

Video Youtube Paris Hilton at The Late Show David Letterman