in ,

Filem Anak Halal di Pawagam 13 Disember 2007

Filem Anak Halal sebuah filem bercorak drama aksi arahan Osman Ali dijangka bakal menggegar 50 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 13 Disember 2007 ini. ‘Anak Halal’ yang sarat aksi, drama, kasih sayang dan pengorbanan ini buat pertama kali menampilkan Maya Karin sebagai remaja lasak ala tomboy. Tapi sebenarnya dia bukan pengkid atau lesbian. Watak perempuan yang agak keras dan kasar. Satu watak yang belum pernah dilakonkan oleh Maya Karin. Selain keserasian di antara pelakon, dialog ‘natural’ yang digunakan turut memberi impak hebat bagi menggambarkan realiti kehidupan segelintir anak muda di sebalik kota metropolitan.Mmm… dialog yang natural, itu yang Budiey sangat suka. Tak nak skrip skema macam filem dan drama Datuk Yusuf Haslam. Mahu skrip yang lebih hidup dan mesra dengan kehidupan realiti penonton.

Filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini, mengisahkan kepincangan hidup segelintir anak jalanan yang terpaksa berjuang meneruskan kehidupan di celah celah kota metropolitan, Kuala Lumpur. Osman Ali wajar mendapat pujian, apabila berjaya membuai perasaan penonton seolah olah mereka adalah sebahagian dari kehidupan watak-watak seperti Inderaputera, Jo, Amiera, Erzan, Milya dan lain lain.    

Osman Ali juga berjaya mengupas permasalahan sosial dengan baik dan jelas ke layar perak.  Gandingan mantap Maya Karin, Fasha Sandha, Raja Farah, Farid Kamil, Adi Putra, Zulhuzaimi, Bront Palarea dan Remy (pelakon baru) sebagai sekumpulan remaja yang mempunyai jalinan persahabatan yang begitu akrab pasti mengujakan peminat layar perak.      

Tayangan Unggul Sdn Bhd kini giat menjalankan aktiviti publisiti filem ‘Anak Halal’ seperti wawancara televisyen, photografi bersama akhbar dan majalah, kuiz radio, pemberian pas percuma terhad, tayangan eksklusif, makan malam bersama artis dan lain-lain. 

Tunggu tayangannya 13 Disember 2007 di pawagam berhampiran.

Fasha Sandha… membawa watak Amiera… gadis yang buat adegan stunt terjun… hehe terjun dari apa? terjun dari rumah? Ha, korang kena tengok.

[tags]filem anak halal, anak halal, anak haram, anak zina, jea friendster, dosa zina, osman ali, cerita bapuk, mak nyah, tomboy, hollywood sex porn, rihanna mp3, gambar maya karin tomboy, Fasha Sandha, Raja Farah, Farid Kamil, Adi Putra, Zulhuzaimi, Bront Palarea, budak lembik, senarai pusat rumah anak yatim, daphne iking wedding, Remy, ofis tayangan unggul, utusan malaysia, warta perdana, mangga online, murai.com, cinta.com, gambar bogel, stewardess naked, awek melayu cantik, pinoyscandal, srichapan, mira l5, drama jelatang[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Felix Terima Cek Pemenang Pertama Project Runway Malaysia

Anugerah Juara Lagu, Kejutan, Ramalan dan Datuk Siti Nurhaliza