in

Felix Terima Cek Pemenang Pertama Project Runway Malaysia

Pemenang Project Runway Malaysia terima RM100, 000
Tahniah Felix atas kemenangan dalam Project Runway Malaysia musim pertama! Pereka fesyen Felix Chin, pemenang Project Runway Malaysia baru-baru ini masih lagi terawang-awang selepas kemenangannya di Project Runway Malaysia Finale Show. Kerjaya Fesyen yang Cerah Menanti Felix

Bukan lagi satu kejutan mengapa pereka berbakat yang berasal dari Sabah ini masih lagi terkejut dengan kemenangannya setelah mengalahkan Alexandrea hadiah wang tunai bernilai RM 100,000.

Setelah merangkul sebagai juara, hidup Felix telah banyak berubah dan impiannya menjadi kenyataan dengan permulaan yang baik untuk kerjayanya apabila peluang menjadi Ketua Pereka Fesyen untuk Voir diberikan kepadanya.

“Ini semestinya satu permulaan yang cerah bagi kerjaya saya,” menurut Felix selepas menerima cek berjumlah RM 100,000 dari Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan Kumpulan di 8TV, Cik Airin Zainul.

“Sebahagian dari hadiah wang tersebut akan saya gunakan untuk koleksi terbaru saya. Saya ingin menghasilkan dua atau tiga koleksi berlainan sebelum hujung tahun ini. Sebahagian dari wang tersebut pula akan saya berikan kepada keluarga saya kerana telah banyak menyokong saya apabila saya mengambil keputusan untuk menjadi pereka fesyen,” tambah Felix.

Menurut Cik Airin, Felix sememangnya layak menjadi juara kerana bakatnya yang semulajadi. Tambahnya lagi, “Kami berharap RM 100,000 dapat membantu Felix untuk meneruskan kerjayanya dalam industri fesyen.”

Selain hadiah wang tunai, Felix juga menerima dana pembangunan yang bernilai  RM 30,000 dan ruang pameran daripada  Parkson Corporations untuk mempamerkan rekaannya.

Dari kiri model, Airin Zainul (8TV), Felix Tan, Rita Shum (Parkson) dan David Yee (Raffles Design Institute KL)

Semasa acara akhir, tiga finalis – Felix, Alexandrea dan Hatta mempamerkan 12 pasang pakaian di hadapan 5 panel hakim yang diketuai oleh Dato’ Bernard Chandran.

Untuk keterangan lanjut tentang ‘Project Runway Malaysia’, sila layari laman web www.8tv.com.my

[tags]Felix, lagu felix, profile felix chin, pereka hatta dolmat, senarai harga baju pereka, pemenang Project Runway Malaysia, finale show, rozita che wan photo, gambar doktor dan babi, kekkwa, tips bergaya, fesyen, ilmu, tips, make up rias, foundation, concealer, pelamin melaka, aksi lubuk tupah, ata puitis, greeting chinese new year, e-cards, luna maya, kirana[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Red Carpet Selebriti di Parti 20 Yang Anggun EH! 2007

Filem Anak Halal di Pawagam 13 Disember 2007