in ,

Filem AKU BUKAN GILA Kena Cetak Rompak & Muat Naik Secara Haram

PENGARAH filem Aku Bukan Gila, Rahila Ali memohon pihak berkuasa melakukan sesuatu dan mengambil tindakan lebih keras terhadap individu yang mencetak rompak dengan memuat naik dan menjual filem arahannya itu secara haram.

Rahila ketika dihubungi berkata, dia sebagai pengarah juga tidak tahu ke mana harus diluahkan rasa kecewa apabila isu cetak rompak ini sentiasa berlaku.

“Dalam tahun ini saja, dua filem arahan saya dimuat naik dan dijual secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab. Sebelum ini, Ada Apa Dengan Dosa dan sekarang, Aku Bukan Gila pula.

“Saya tak tahu nak marah atau kecewa atau sedih kerana dah tak tahu apa lagi tindakan yang perlu diambil untuk menghentikan kerja-kerja cetak rompak ini.

“Saya berharap sangat pihak berkuasa mengambil tindakan sepatutnya atau mungkin lebih keras kerana ini adalah sesuatu yang salah,”

– Rahila Ali

Menurutnya, mungkin ada pihak yang menganggap isu cetak rompak ini sebagai isu kecil, tetapi tidak bagi penggiat filem.

“Bayangkan kalau anda bekerja dalam bidang anda sendiri dan keluarkan modal untuk hasilkan satu produk, dan tak lama selepas itu produk itu ditiru. Tentunya ini menyalahi undang-undang.

“Aku Bukan Gila ditayangkan di platform digital iflix secara percuma, tapi masih lagi ada individu tidak bertanggungjawab yang merakam dan memuat naik di media sosial. Malah, ada juga yang menjual pautan filem itu dalam bentuk VCD serta pemacu pena,”

– Rahila Ali

Rahila berkata, pihaknya juga sudah berbincang dengan penerbit mengenai masalah itu dan tindakan yang akan diambil.

Aku Bukan Gila yang ditayangkan di saluran iflix menggandingkan pelakon Beto Kusyairy, Fasha Sandha dan Wanna Ali. Ia diterbitkan Pencil Pictures yang mengetengahkan kisah masalah mental, bipolar disoder.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ratu Balqis | 22

Dua Tahun Hilangkan Diri, Ratu Balqis Muncul Dengan BUAYA Bersama Mimifly

Ikea | 23

IKEA Tawar Kerja Kosong Dengan Gaji Hingga RM43,000 Sebulan, Tapi Ini Syaratnya