in

Filem 4 Madu

Filem 4 Madu kemungkinan yang akan ditayangkan pada hari raya Aidilfitri nanti di seluruh pawagam Malaysia.

Info Filem
Syarikat Penggambaran : Lineclear Motion Picture Sdn Bhd.
Syarikat Penerbitan : Grand Brilliance / Berjaya Film Production.
Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Genre : Romantik Komedi/Drama.
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum.
Filem : 35mm.
Durasi : 107 minit.
Tarikh Tayangan : Hari Raya Pertama 2010.

Pelakon
Saiful Apek : Azlan / Azrul
Fasha Sandha : Ros
Sazzy Falak : Jane
Rozita Che Wan Ghasidah
Almy Nadia : Jaja
Rosnah Mat Aris : Suriati
Ayu Raudhah : Latifah
Bienda : Weena
Marsha : Zarra
Dato’ Rahim Razali : Dato’ Rahim
Alanaaz Jahan : Juju
Eidil Putra Alauddin : Budin

Pelakon Pembantu
Latif Ibrahim : Pak PJ
Farid Wari : Ah Long
Noor Hosni Kasim : Nooraini
Yusmal Ghazali : Mike
Zainal Alam Kadir : Kaunselor
Alliesha Amir : Wani

Tenaga Produksi
Pengarah Fotografi : Khalid Zakaria
Penata Muzik : Azmeer
Skrip : A. Shukor Mohaideen & Shaheed Salim
Tatarias : Yusof Karim
Penyunting : Faizul A. Rashid
Penerbit : A. Latiff Mohaideen
Penerbit Bersama : Pansha
Penerbit Esekutif : Ahmad Puad Onah & Tengku Iesta Tengku Alauddin

Trailer Filem 4 Madu:

Synopsis Filem 4 Madu
Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu.Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.

Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?

Saksikan filem komedi arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen. ‘4 Madu’, bermadu dipawagam, HARI RAYA PERTAMA 2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marion Caunter New Host The Biggest Loser Season 2

Filem Parunthu Spice of India di Hari Onam