Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Filem 18 PUASA Berjaya Raih Kutipan RM1 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid, telah berjaya meraih kutipan RM1 hanya dalam tempoh 3 hari sepanjang ia ditayangkan 15 April lalu di platfrom Astro First, saluran 480.

Watak Barkoba lakonan Bell Ngasri juga dilihat telah tular menerusi hasil ‘meme’ di media sosial ketika bulan Ramadan berikutan karakternya yang tidak berpuasa dan sinonim dengan ‘beg hitam’. 18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua ‘masterpiece’pengarah Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang dan 16& 17 Puasa.

Pengarah 18 Puasa Di Kampung Pisang, Mamat Khalid berkata, “Alhamdulillah filem ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton. Saya harap filem ini bukan sahaja mampu memberi hiburan semata-mata, tetapi turut memberi pengajaran serta mengingatkan semasa kita tentang kesan baik buruk daripada kelakuan kita.”

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami yakin ramai yang menantikan kehadiran filem ini. Apabila watak Barkobar telah tular di media sosial, ia membuktikan karakter tersebut sangat kuat dan sinonim dengan penonton ketika bulan Ramadan. Di media sosial juga menyaksikan rata-rata penonton serta pengkritik filem bebas berkongsi respon positif mengenai filem ini. Kami berharap kejayaan ini akan menjadi permulaan yang baik untuk filem ini terus mendapat sokongan daripada penonton di luar sana.”

18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

Saksikan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang yang kini berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version