in ,

Fesyen Siti Saleha di Anugerah Drama Festival KL 2013

Walaupun tidak ramai pelakon yang hadir, namun semua selebriti yang memijakkan kaki di karpet merah Anugerah Drama Festival KL pada hari Sabtu lalu sudah cukup membuktikan yang hadir bukan calang-calang. Rata-rata pelakon yang hadir adalah yang meletop dan ada kelas tersendiri dalam sejarah drama Melayu dekad ini. Antara yang hadir ialah pelakon Siti Saleha yang wajahnya sentiasa menjadi tatapan penonton TV3 dan TV9.

Siti Saleha hadir anggun dengan busana rekaan Rizman Ruzaini bertemakan glamor hitam. Menurut Siti Saleha, dia suka dengan potongan yang sederhana dan longgar selain tidak banyak perincian menjadikan busana ini cukup selesa dipakai. Juga sebagai pelengkap gaya, Siti Saleha mengenakan aksesori bertatahkan permata yang seakan sama dengan perincian pada busana. Anggun, sederhana dan cukup bergaya. Budiey kasi 5 bintang!

Siti Saleha

Siti Saleha

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hairul Azreen Bakal Sambut Hari Jadi di Barcelona

Syamkamarul Perkenal Lagu Terbaru SELAMAKU BERNAFAS