Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Fesyen Ella & Aina dari Rizman Ruzaini di AJL29

Semasa di karpet merah (sebenarnya, kena tukar jadi karpet pink sebab Qu Puteh sponsor juta-juta), Budiey sempat menemubual Ratu Rock Ella (yang sentiasa ayu dan manja) & Protege Aina (yang nampak macam pemalu sopan gitu) di Karpet Merah AJL29.

Tidak banyak yang sempat diperbualkan. Ella pulak teruja nampak Budiey kat situ. Super excited ke main dia. Siap pesan kat Jojie suruh akak Jojie ambil gambar.

Mungkin kami dah lama tak jumpa barangkali. Kali terakhir kami jumpa masa Ella buat showcase kat Hard Rock Cafe. Ella cakap, Budiey dah semakin kurus seperti orang tengah diet dan pergi gym.

Padahal takde la kurus sangat pun. Takde la diet sangat pun. Amboih… Budiey pulak sempat tanya apa yang Ella pakai. Serba hitam seperti juga dengan Aina, protege Ella dalam Mentor Legend. Kedua-dua nampak elegan dan bergaya. Rekaan dari pereka terkenal kot. Mereka berdua mengenakan busana daripada Rizman Ruzaini. Fuh, cukup elegan.

Menurut Ella, dia sekarang ini masih lagi sibuk untuk menyiapkan album dan juga merancang untuk buat konsert dalam tahun ini. Tapi semua itu, masih dalam perancangan. Oh, tak sabar nak tengok Ella perform di konsert yang berskala besar.

Kepada peminat Ella, dia berpesan agar terus menyokong Aina dalam Mentor Legend. Melihat bakat yang ada pada Aina ni tak hairan jika nanti Aina akan masuk final.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version