in

Festival Seni Gerak Angin Bantu Para Artis Hadapi Masa Sukar Covid-19

Festival Seni Virtual Gerak Angin yang dijalankan pada bulan September lalu diharapkan dapat memberikan kelegaan buat para seniman yang terlibat sepanjang tempoh sukar berhadapan wabak Covid-19.

Menurut pengasas Sutra Foundation, Datuk Ramli Ibrahim,” Gerak Angin merupakan satu festival seni virtual memaparkan 17 syarikat produksi yang menghasilkan seni muzik, tarian dan teater di Malaysia.”

“Festival yang berlangsung pada 16 September lalu bersempena sambutan Hari Malaysia itu telah memaparkan kesemua video persembahan artistik para artis kita di laman Youtube.

“Pihak kami faham sekarang merupakan satu masa yang sukar untuk para artis kita untuk bekerja dan kami buka platform ini untuk mereka terus mengembangkan bakat sekali gus kehadiran mereka dalam industri dapat dilihat oleh orang ramai,” katanya.

Gerak Angin telah dijayakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Masakini Theatre Company, Sutra Foundation dan Surprise Ventures.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 17 penerbitan produksi yang terlibat boleh layari laman web www.gerakangin.my

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Bersiri INDUSTRI Ditayangkan Secara Eksklusif di HBO Mulai 10 November Ini

Tiz Zaqyah Bengang Selalu Terima Mesej Lucah, Mahu Pelaku Dikenakan Tindakan!