in

Festival Muzik K-WAVE 3

FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 DIBAWAKAN KHAS OLEH MCALLS KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DARIPADA PEMINAT

DUA ZON HABIS DIJUAL, LAGI DUA ZON TINGGAL TEMPAT TERHAD

Selepas 7 bulan berlalu, Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR kini kembali memeriahkan industri hiburan tempatan.

K-WAVE 3 Music Festival Brought To You By Mcalls Image

Barisan artis seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, JEONG SEWOON, WJSN dan BOYFRIEND akan mencetuskan gelombang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18hb Ogos 2018 jam 8 malam.

Apa yang menarik kali ini, sebelum ini dua edisi festival muzik ini diadakan di tempat terbuka, kali ini penganjur memilih untuk mengadakannya di stadium tertutup sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihat 39 idola mereka beraksi dalam 7 kumpulan lebih daripada 120 minit.

Akses ke festival berkenaan adalah menerusi Pakej Masuk (termasuk tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim Pek Mcalls Y33).

Peminat K-pop, terutamanya mereka yang berusia antara 15-17 tahun, tidak sabar untuk menyaksikan idola-idola mereka, yang mana Pakej Masuk berharga RM34 yang khas untuk kelompok tersebut habis dijual dalam masa seminggu selepas jualan Pakej Masuk bermula.

Setakat ini, Pakej Masuk bagi Ecolite Zone P (L) dan S (L) serta Dutch Lady Zone P (R) dan S (R) telah habis dijual! Pakej Masuk bagi zon lain masih boleh didapati, tetapi Rock Zone dan Long TV Zone M hanya tinggal tempat terhad. Dapatkan segera sebelum kehabisan! Semua Pakej Masuk boleh didapati dengan melayari laman web www.mcalls.asia/kwave3.

Sila semak laman Facebook MacpiePro di @MacpiePro ataupun melayari laman web rasmi www.macpiepro.com untuk maklumat lanjut mengenai Festival Muzik K-W A VE 3 dibawakan khas oleh Mcalls ini.

K-WAVE 3 Music Festival Brought To You By Mcalls Seating Layout

FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 DIBAWAKAN KHAS OLEH MCALLS

🔹 Tarikh: 18hb Ogos (Sabtu)
🔹 Masa: 8pm
🔹 Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

CARA MEMBELI www.mcalls.asia/kwave3

HARGA PAKEJ MASUK (termasuk tiket konsert + yuran pemprosesan RM4 + SIM PEK Mcalls Y33 bernilai RM30) Berdiri Bebas

• RM478 (Rock Zone) (Tempat Berdiri Bebas Terhad)

Tempat Duduk Bernombor
• RM498 (Long TV Zone M) (Tempat Duduk Terhad)
• RM398 (Mbooster Zone C)
• RM368 (Ecolite Zone Q (L), Dutch Lady Zone Q (R))
• RM298 (JBL Zone A)
• RM208 (Schwarzkopf Professional Zone L)
• RM168 (Ecolite Zone P (L), Dutch Lady Zone P (R)) (Habis Dijual)
• RM98 (Ecolite Zone S (L), Dutch Lady Zone S (R)) (Habis Dijual)
• RM34 (Alpha Youth Package – Zone S (Berusia antara 15-17, lahir pada tahun 2001-2003)
(Habis Dijual)

Monsta X Image

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lagu KAU TAKKAN TAHU Zizan Razak 

Sekitar Toyota Gazoo Racing Festival di Kuala Terengganu