in

FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2008

TARIKH: 2 hingga 6 JULAI 2008
LOKASI: PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
MASA: 8.30 MALAM
PENGANJUR: JABATAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA
MAKLUMAT: 03 – 2052 3600

Sinopsis Festival Muzik Kuala Lumpur 2008

Festival Muzik Kuala Lumpur 2008, kali ini merupakan sebuah acara yang dianjurkan sempena Festival Kesenian KL. Untuk kali ini, ianya menampilkan pemuzik undangan dari luar negara dan juga para pemuzik tempatan dalam pelbagai genre muzik seperti muzik sejagat, irama Malaysia, muzik etnik, jazz dan nasyid.

OBJEKTIF
Tujuan Festival Muzik Kuala Lumpur 08 ini diadakan adalah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat pengembangan muzik antarabangsa. Ianya bertujuan mengangkat dan menyemarakkan lagi industri muzik Malaysia menerusi karya-karya bermutu yang dihasilkan oleh pengiat muzik tempatan. Selain dari itu, objektif penganjuran festival kali ini, adalah untuk meningkatkan apresiasi dan minat masyarakat terhadap seni muzik dan juga satu sumber pendidikan ke arah pembentukan masyarakat yang berbudaya, khususnya generasi muda Malaysia bagi memastikan tujuan merakyatkan seni warisan budaya pelbagai kaum tercapai.

PROGRAM

Konsert Muzik Sejagat (2 Julai 2008)

Artis terlibat:
Sami Yusuf (Britain)
Fieldplayers (Malaysia)
Hands Percussion (Malaysia)
Swara Sisters (Malaysia)

Konsert Rohani (3 Julai 2008)

Artis terlibat:
Rabbani (Malaysia)
Raihan (Malaysia)
Lily Band (China)

Konsert Seniman Negara Datuk Dr Ahmad Nawab (4 Julai 2008)

Artis terlibat:
Jamal Abdillah
Khatijah Ibrahim
Man Kidal
Ramlah Ram
Shidee
Steve Thornton

Konsert Suara Emas (5 Julai 2008)

Artis terlibat:
Syafinaz Selamat
Dhilip Varman
Den Bisa

Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Koir Kebangsaan (6 Julai 2008)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SUMMER LIVE CONCERT 2008

BANG BANG BOOM MUSIM KETIGA LEBIH MERIAH