in , ,

Fazura Tak Tolak Jodoh Dengan Fattah Amin

Kenyataan dari Fazura yang dipetik dari Harian Metro disiarkan pada 31 Oktober, pelakon popular Fazura tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan Fattah Amin seperti yang dimahukan peminatnya.

Fazura berkata, setiap kata-kata peminat selama ini adalah satu doa.

“Saya okay saja dengan apa yang peminat katakan. Lagi pun mereka mendoakan perkara yang baik-baik, jadi tidak ada salahnya dan saya menerima saja. Kalau ada jodoh saya dengan Fattah, adalah. Saya anggap perkara ini juga berlaku disebabkan keberkesanan gandingan kami dalam drama kerana bukan mudah untuk membina keserasian,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Selepas berganding dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, peminat sering mendoakan dan berharap mereka disatukan.

Fazura berkata, bukan saja Fattah, malah dia juga akan dikaitkan dengan artis lelaki lain jika mereka digandingkan dengannya.

“Mungkin sekarang mereka mahu melihat saya bersama Fattah. Mungkin apabila saya digandingkan dengan Remy Ishak selepas ini, mereka akan bercakap perkara yang sama juga. Lagipun jadual kerja saya sangat padat sekarang ini jadi memang tiada masa untuk berfikir soal teman lelaki,” katanya. – Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Gempak Yang Hebat di Karnival Jom Heboh Johor Bahru

Yayasan AirAsia Tawar Platform Baharu untuk Perusahaan Sosial Asean