in , , ,

Fazura Luah Rasa Sedih Tak Dapat Pergi Majlis Resepsi Fasha Sandha

Semua mengetahui akan keakraban dua rakan artis iaitu Nur Fazura dan Fasha Sandha yang memulakan kerjaya bidang seni dalam suatu tempoh yang sama.

Sudah berkawan selama 18 tahun, Fazura menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bersama-sama meraikan hari bahagia kawan baiknya yang diadakan di kampung suami Fasha, Aidil Aziz yang diadakan di Rembau, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

“Saya mungkin sedikit lambat tapi saya harap tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada wanita besi yang juga merupakan sahabat baik saya yang akhirnya telah berjumpa dengan teman hidupnya.

“Sedih sebab saya tidak dapat menghadiri majlis resepsinya tapi saya akan sentiasa mendoakan kalian @fashasandha dan @itsaidilaziz sentiasa bahagia selamanya,”

– Fazura

Fasha dan Aidil bernikah pada tanggal 30 Mac lalu di Kangar, Perlis selepas setahun menjalinkan cinta. Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli dan hasil perkahwinan, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Burhanuddin Md Radzi

Upin & Ipin Catat Rekod Kutip RM25Juta Kalahkan Filem Animasi Antarabangsa

Hans Isaac Berehat dari Dunia Lakonan Fokus Tugas Sebagai Pengerusi FINAS