in , ,

Fazura & Fattah Amin Bakal Dilantik Jadi Duta Produk MAYDAN

Kebiasaannya gandingan lakonan sepasang hero dan heroin dalam sesebuah drama atau filem memberi impak yang positif untuk perjalanan karier seni seseorang pelakon itu. Dari pemerhatian Budiey, seringkali berlaku hero dan heroin drama akan terjebak dalam hubungan cinta lokasi.

Tonton: Intai Selebriti Sebelum Show Fazura & Rizman Ruzaini di KLFW2017

https://youtu.be/H3bDfA3SEUs

Namun, hubungan mereka ada yang kecundang terputus di tengah jalan dan tak kurang juga ada yang kekal sehingga mendirikan rumah tangga. Itulah yang kita namakan jodoh dan ketentuan. Lebih menguntung apabila kedua-dua mereka ada bakat dalam nyanyian, akan ada kolaborasi menghasilkan lagu dan sebagainya.

Fattah-Fazura

Fazura & Fattah Amin Bakal Dilantik Jadi Duta Produk MAYDAN

Kita tinggalkan bab cinta lokasi tu sebab dalam posting ni Budiey nak cerita tentang ada yang selebriti yang bernasib baik apabila mereka berdua mendapat perhatian dari jenama produk untuk dijadikan sebagai duta atau jurucakap sesebuah produk.

Terbukti ini yang telah berlaku kepada dua orang selebriti popular iaitu Fazura dan Fattah Amin yang bakal dilantik menjadi duta produk tak lama lagi. Tahniah buat Fattzura.

Dari jemputan yang Budiey terima, kedua artis pujaan ramai ini akan diumumkan menjadi duta produk jenama MAYDAN, sebuah produk terbaru untuk menjaga penampilan diri dan wajah untuk wanita dan lelaki. Turut menjadi duta produk adalah pelakon Elfira Loy. MAYDAN adalah produk yang diinovasi dari sains kecantikan dengan manfaat alami untuk raut wajah mempesona dan mahkota sihat bermaya.

Sidang Media pelancaran ini akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 29 Ogos ini.

Nantikan live update dari Budiey di saluran Youtube Budiey.com : www.youtube.com/budiey27 dan di platform sosial media Budiey.

Maydan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RINGGIT SENSE Kupasan Isu Ekonomi & Pengurusan Kewangan Untuk Generasi Muda

Sesi Temubual Bersama Kiki Poh Anak Malaysia Pertama Bekerja Dengan DISNEY PIXAR