in , ,

Fazley Yaakob Akui Gerai Tepi Jalan Jauh Lebih Sedap Daripada Restoran

Meskipun terkenal dengan kebolehan memasak, chef selebriti negara, Datuk Fazley Yaakob mengakui bahawa makanan yang dijual oleh peniaga tepi jalan ada kalanya jauh lebih sedap daripada yang dijual di restoran hebat.

Menurut Fazley, walaupun ada segelintir pihak yang meragui tentang status kebersihan gerai tepi jalan ini, beliau tetap menghormati peniaga-peniaga ini kerana gigih menyediakan makanan yang sedap.

Fazley

“Walaupun ada segelintir pihak sering nyatakan jangan beli makanan di tepi jalan kerana biasanya ia kurang bersih. Tetapi saya tetap menghormati peniaga-peniaga gigih ini.

“Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat.”,

– Dato’ Fazley Yaakob

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat beliau dan turut mencadangkan beberapa kedai makan yang menarik ditempat mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bella Astillah Nafi dakwaan jalin hubungan dengan Zizan

Hentikan Rasa Benci, Klip Video Buli Siber Asad Motawh Makan Dalam