in , ,

Bella Astillah Nafi dakwaan jalin hubungan dengan Zizan

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 25, menyangkal tanggapan kononnya dia kini menjalinkan hubungan istimewa dengan bintang komedi, Zizan Razak.

Sebaliknya, bekas isteri artis kontroversi, Aliff Aziz, itu menegaskan mereka berdua sekadar teman seperjuangan dalam bidang seni.

“Kami sekadar rakan profesional. Kami memang tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa seperti digembar-gemburkan.

Saya hadir ke majlis hari lahir ibunya, baru-baru ini, pun kerana saya secara kebetulan berada berdekatan dengan lokasi sambutan acara.

“Seperti ramai peminat sedia maklum, saya dan Zizan digandingkan dalam telefilem, Kerusi Kecil. Itu sahaja.

Kami tidak pernah keluar berdua dan saya pula pasti ditemani Mama ataupun Didi Astillah (adik),”

– Bella Astillah

Lawak Zizan Razak Artis Komedi Popular Ditanya Pasal Bella Tapi Try Pengacara

Gosip mengenai hubungan mereka mula diperkatakan apabila beberapa gambar mesra antara kedua-duanya dikongsi di laman sosial, ketika masing-masing menjalani penggambaran telefilem arahan Ghaz Abu Bakar itu.

Baru-baru ini, Bella turut hadir pada majlis ulang tahun ibu Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu, yang menguatkan lagi spekulasi wujudnya hubungan antara dua artis terbabit.

Ketika ditemui pada sebuah acara di sini, ibu kepada Ayden Adrean ini berkata, dia mengenali Zizan sejak usianya masih remaja.

“Memang sudah lama saya mengenali Zizan. Adik saya pernah menyertai pertandingan yang diacarakan olehnya. Seingat saya, kami berjumpa ketika saya menemani Didi dan umur saya waktu itu baru 14 tahun,”

– Bella Astillah

Bella berkata, dia belum terfikir untuk mencari pengganti selepas berpisah dengan Aliff, Mei lalu.

“Saya selesa dulu dengan kehidupan sekarang. Saya mahu menikmati detik ini seindah mungkin.

“Sebelum berkahwin dengan Aliff, saya dan bekas kekasih menjalinkan hubungan selama tujuh tahun. Saya bukan wanita yang mudah menjalinkan hubungan apabila bertemu orang baharu,”

– Bella Astillah

Bella kini dapat disaksikan lakonannya menerusi drama siaran sebuah saluran berbayar berjudul Cinta Belum Tamat Tempoh.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mula Dijual di Malaysia, Ini Harga Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max

Fazley Yaakob Akui Gerai Tepi Jalan Jauh Lebih Sedap Daripada Restoran