in ,

Fauziah Latif dan Rosyam Nor Dalam Drama Gelora Di Hati Sara

GELORA DI HATI SARA, DRAMA BERSIRI MENARIK BERMULA 20 NOVEMBER 2008, SETIAP SELASA, RABU & KHAMIS, JAM 10.00 MALAM DI RTM1

Jika anda peminat setia penyanyi bersuara gemersik, Fauziah Latiff yang sebelum ini berjaya dengan percubaan pertamanya membintangi drama Kudrat Iman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), usah ketinggalan menyaksikan drama terbaharu dibintanginya, Gelora Di Hati Sara bermula 20 November 2008 mengisi Slot Astaka, setiap Selasa, Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam di RTM1 yang plot ceritanya berlegar sekitar kisah cinta dan kekeluargaan yang menuntut pengorbanan wanita dalam mengecap kebahagiaan dalam rumahtangganya.

Gelora Di Hati Sara menerusi 26 episod ini selain mengetengahkan Fauziah Latiff sebagai heroin turut bergandingan dengan pelakon hebat Rosyam Nor, Dato’ Rahim Razali, Aida Radzwill, Hisham Ahmad Tajudin, Watie Sadali, Ismail Yaacob, Mahmud Ali Basha dan Balkish Samundur Khan.

Kisah Gelora Di Hati Sara bermula dengan kepulangan Asrul dan Sara yang baru menamatkan pengajian dari luar negara ke Malaysia. Di luar pengetahuan keluarga masing-masing, mereka sebenarnya telah bernikah namun perkara itu terpaksa disembunyikan kerana bimbang sikap keluarga Asrul terutama ibunya, Datin Maria yang tidak suka anak-anaknya berkahwin dengan pilihan sendiri. Apatahalagi ibunya menghidap penyakit jantung.

Asrul meminta Sara bersabar dengan situasi mereka itu yang terpaksa menjalani kehidupan suami isteri secara sembunyi. Namun kesabaran Sara ada hadnya apatahlagi apabila membayangkan tempat isteri adalah di sisi suami. Sara mula mencari jalan bagaimana mahu mendampingi Asrul. Kebetulan syarikat keluarga Asrul berdepan dengan kes saman daripada sebuah syarikat pelanggan.

Hinggalah Sara dilantik syarikat bapa Asrul, Datuk Taufik untuk mengendalikan kes itu. Kehadiran Sara itu mengejutkan Asrul yang begitu bimbang Sara akan membongkar rahsia perkahwinan mereka. Sebaliknya Sara bersikap selamba dan hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.

Dalam diam, Diana adik perempuan Asrul turut menyembunyikan rahsia konflik yang berlaku dalam rumahtangganya bersama Zaidi. Zaidi adalah menantu pilihan Datin Maria, anak salah seorang teman baiknya. Namun malang bagi Diana apabila Zaidi suka menderanya tetapi Diana takut untuk mengadu kepada keluarganya. Tambahan pula di depan keluarganya, Zaidi mempamerkan sikap sopan santun dan menyayangi isterinya itu.

Hakikatnya Zaidi yang diberikan kepercayaan menjawat jawatan penting dalam syarikat Datuk Taufik menggunakan kesempatan untuk mengaut keuntungan di belakang ayah mentuanya itu. Kehadiran Asrul dalam syaraikat pula telah menimbulkan rasa kurang Zaidi kerana kegiatan jahat secara senyapnya terganggu. Begitu juga dengan kehadiran Sara yang ditugaskan Datuk Taufik menyelesaikan masalah syarikat.

Kejayaan Sara mengetepikan kes saman tersebut menggembirakan Datuk Taufik yang kemudiannya melantik Sara menjadi peguam syarikatnya. Dalam diam Sara menyimpan dua misi iaitu untuk mendampingi suaminya dan menyiasat sesuatu yang dirasakan tidak kena pada Zaidi.

Sementara itu, Datin Maria begitu beria mahu menjodohkan Asrul dengan Tengku Marina, anak Tengku Malik kenalannya. Perkara ini menimbulkan perasaan kurang senang di hati Asrul yang menempatkan dirinya dalam dilema kerana dia menyintai Sara sepenuh hati tetapi pada masa sama perlu memenuhi hasrat ibunya yang tidak sihat itu.

Datuk Taufik pula dalam diam menyimpan hati terhadap Sara. Perkara itu diberitahunya kepada Asrul. Asrul marah dengan tindakan ayahnya namun masih setia menyembunyikan statusnya dengan Sara daripada pengetahuan keluarganya itu.

Kemuncak konflik apabila akhirnya perkara yang tidak diingini terjadi juga apabila Asrul menikahi Tengku Marina. Situasi itu menimbulkan kesedihan yang tidak berpenghujung di hati Sara. Ketika itu juga Diana yang kemudiannya tanpa disangka mengetahui hubungan Sara dan abangnya sebagai suami isteri yang sah berkongsi kisah kekejaman dilakukan Zaidi terhadap dirinya. Sara berjanji menyelesaikan masalah dihadapi adik iparnya itu.

Kejahatan Zaidi terbongkar hingga menuntutnya mengugut mahu membocorkan rahsia perkahwinan dalam diam Asrul dengan Sara ke pengetahuan Datin Maria. Mereka sekeluarga akhirnya akur menuruti kemahuan Zaidi.

Namun sampai bilakah rahsia itu berjaya disembunyikan? Masihkan ada ruang untuk Asrul dan Sara bersatu kembali sebagai suami isteri? Bagaimana pula situasi Tengku Marina yang tidak pernah disentuhi suami sendiri berdepan kenyataan kasih sayangnya terhadap Asrul hanya sia-sia kerana cinta suaminya itu hanya untuk wanita bernama Sara?

Jangan lupa menyaksikan kesudahan Gelora Di Hati Sara bermula 20 November 2008 yang mengisi Slot Astaka, setiap Selasa, Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam di RTM1.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Hi Budiey,

    Need favor sikit bole.
    Download episode2 fm drama – G.D.H.S. (feat. JEE + ROSYAM).
    Heard BOTH ada CHEMISTRY in this drama.
    Care to share.
    Really apprec. if request fulfil.
    P/s: Timing tak kena b’coz keje commitment.

    TenQ,
    Ratna S’pore 😉

  2. hai… erm citer ni mmg best. ader chemistry la diorang tu. macam pierre andre n fazura dalam gol & gincu 2. so sweet! erm saper2 ader info fasal cd GDHS ni tollong la gitau erk. plisssss!!!!!

  3. SAYA AMAT MEMINATI SARA YANG MAT TABAH, ASRUL DAN SARA SGT ROMANTIK,SUKA ASRUL BILA CEMBURUI BAPANYA SENDIRI, FAUZIAH LATIFF SANGT BAGUS BILA CERITA RAMNTIS NAMPAK JIWA YANG LEMBUT, HARAP GEE DPT LEBIH BYK JOB DARI SUHAN DAN GANDINGAN DGN AARON AZIZ LAGI GEMPAK

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Deja Moss Bersanding di Kuching Sarawak

Gambar Rosyam Nor dan Fauziah Latif Dalam Drama Gelora Di Hati