in ,

Fattah Amin Terkejut Dituduh Tipu Ejen Produk Makanan Kesihatan

Pelakon Fattah Amin terkejut dengan tuduhan kononnya dia menipu ejen-ejen untuk sebuah produk makanan kesihatan yang didaftarkan bawah sebuah syarikat.

Menerusi kenyataaan media yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Fattah Amin iaitu Universal Music Malaysia, Fattah menjelaskan dia tidak akan sesekali menipu peminat dan sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap isu ini.

Fattah Amin Lancar Produk MRP

“Saya terkejut dengan tuduhan ini. Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya.

“Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak pengurusan,” – Fattah Amin

Pihak pengurusan bersama peguam akan memantau isu berkenaan.

“Pihak Universal Music Malaysia dengan ini memaklumkan kami sedang mendalami polemik yang melanda bintang di bawah naungan kami, Fattah Amin, berkaitan dakwaan pihak ketiga bahawa beliau tidak lagi aktif mempromosikan sebuah produk makanan kesihatan iaitu MRP Sup DIET & Berrytox, yang didaftarkan di bawah syarikat MRP International Sdn. Bhd.

Universal Music, bersama pihak peguam kami akan terus memantau dan berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan terhadap MRP International dan beberapa klien lain yang telah menandatangi kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah Amin sebelum ini.

“Saya terkejut dengan tuduhan ini,” kata Fattah. “Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya. Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak Universal Music Malaysia.”

Pihak kami juga memandang serius tentang beberapa urusan yang dilakukan tanpa kontrak rasmi atau dalam pengetahuan pihak peguam. Sebarang keterangan lanjut akan kami maklumkan dalam kadar segera.

Terima kasih.”

Jumaat lalu sebuah portal hiburan mendedahkan menerima kiriman e-mel daripada salah seorang ejen sebuah syarikat dengan mendakwa, pihaknya sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tidak terjual kerana Fattah dikatakan tidak lagi rancak mempromosikan produknya itu seperti sebelum ini.

Pengirim itu juga mendakwa, ada yang sanggup bergolok gadai untuk melabur dalam perniagaan tersebut kerana mempercayai kredibiliti Fattah.

Sementara itu, pihak pengurusan bersama peguam akan memantau dan berusaha menyelesaikan isu berbangkit dan beberapa klien lain yang telah menandatangi kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah Amin sebelum ini.

Malah, mereka juga memandang serius tentang beberapa urusan yang dilakukan tanpa kontrak rasmi atau dalam pengetahuan pihak peguam.

Budiey harapkan masalah dan isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz, Fazura & Luna Maya Dalam Filem TEMBUS

Siti Nurhaliza Tampil Berbeza di GLAM Oktober 2018