in , ,

Aaron Aziz, Fazura & Luna Maya Dalam Filem TEMBUS

Melengkapkan gandingan tiga negara iaitu Aaron mewakili Singapura, Fazura mewakili Malaysia dan Luna mewakili Indonesia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Layar Asia menerusi saluran TV2 menyiarkan filem “Tembus” bergenre psiko-thriller.

Menjanjikan pengakhiran plot kisah sukar untuk diduga, filem arahan Ahmad Idham yang menemui penonton tahun 2014 ini turut mengetengahkan lakonan mantap Khir Rahman, Mia Sara Nasuha dan Eizlan Yusof.

Usah ketinggalan menyaksikan filem ini pada 7 Oktober ini, pukul 9.30 malam di TV2 yang berkisar tentang pasangan suami isteri bekerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang.

pelakon utama filem Tembus

Watak utama adalah Aaron yang berlakon sebagai Harri dan Fazura selaku Izza. Manakala Luna memegang watak Marylia. 

‘Tembus’  mengisahkan tentang Hari (Aaron Aziz), seorang lelaki yang memegang tanggungjawab besar dalam mengotakan janji demi melihat keluarganya dilimpahi dengan kemewahan dengan mengizinkan Izza (Fazura) menguruskan syarikat.

Detik cemas bermula apabila anak mereka Zara (Mia Sara) diculik dan penculikan itu telah membongkar sedikit sebanyak konflik dalaman yang selama ini dirahsiakan oleh Hari.

FILEM TEMBUS

Adakah Zara akan ditemui selamat atau menjadi mangsa keadaan kerana kisah silam bapanya? Mampukan Izza dan Hari menembusi benteng yang mereka bina atau menerima berita buruk akibat ketidakjujuran Hari?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.    

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak Duta Terbaru Telefon Bimbit honor 8X 

Fattah Amin Terkejut Dituduh Tipu Ejen Produk Makanan Kesihatan