in , , ,

“Fattah Amin Sabar Layan Kerenah Saya,” – Fazura

Pelakon, Nur Fazura terharu atas kesabaran suami, Fattah Amin melayan kerenahnya sejak hamil. Berkongsi kisah yang pernah terjadi, Fazura yang sedang hamil lapan bulan memberitahu, Fattah sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginannya.

PELAKON cantik Nur Fazura Sharifuddin memuji kesabaran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin yang sabar melayani kerenahnya sepanjang tempoh kehamilan. Fazura yang kini hamil lapan bulan berkata, Fattah seorang yang amat sabar dan terlalu menjaga hatinya dari terluka. 

“Ketika mula-mula mengandung, saya memang amat cerewet bab makan. Ada satu ketika, dia beli sandwich yang mengandungi mayonis sedangkan saya tak suka.

“Saya memang tak suka mayonis dan sos sehingga akhirnya saya menangis. Dia pujuk saya dan keluar semula pergi belikan sandwich yang baru semata-mata untuk bagi saya makan. Selepas itu saya minta ampun kepadanya kerana kasihankan dia yang sanggup buat apa saja untuk saya,”

– Fazura

Fazura yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulitnya, Fazura Skincare berkata, Fattah juga sanggup mengalah biarpun dia sebenarnya yang bersalah. 

“Dia akan bagi saya menang dan kata, iyalah sayang…you menang,”

– Fazura

Menurut Fazura, ketika awal kehamilan, Fattah tidak menyedari dirinya yang mengidam.

“Semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu ketika Ramadan, sebaik berbuka puasa, dia kerap membuka peti sejuk dan banyak makan aiskrim sehingga berat badannya naik. Saya pula berpantang makan pedas dan tajam seperti nanas,”

– Fazura

Bercerita mengenai persediaan menyambut kehadiran bayi, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia ini berkata, dia belum membeli apa-apa barangan keperluan. 

“Khamis ini baru saya akan mula beli barang. Rasanya okay kerana emak dan mentua akan bantu. Ada yang kata jangan terlalu terburu-buru,”

– Fazura

Pada majlis itu, Fazura turut melancarkan jenama penjagaan kulit, Fazura Skincare.

Set eksklusif ditawarkan dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Engku Emran Tidak Terurus Selepas Cerai dengan Laudya Cynthia Bella

Datuk Rizalman Tegur Neelofa Suruh Pakai Stokin, Ini Sebabnya