in , ,

Engku Emran Tidak Terurus Selepas Cerai dengan Laudya Cynthia Bella

PERCERAIAN dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada Julai lalu dikatakan memberi kesan terhadap Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Lebih sebulan bergelar duda, keadaan Emran dikatakan tidak terurus berbanding ketika bergelar suami yang sentiasa kelihatan kemas dan segak. 

Gambar penampilannya yang tidak kemas dipercayai selepas melakukan aktiviti berbasikal yang dikongsikan di media sosial ternyata mengundang perhatian ramai. 

Engku Emran
Penampilan Engku Emran terkini

Tidak seperti dahulu, Emran kelihatan tampil berbeza dengan rambut panjang dan misai tebal yang hampir menutup mulutnya.

Yang pasti, netizen segera membuat perbandingan imej yang dulu dengan sekarang dan menganggap apa yang berlaku ada kaitan dengan perceraiannya. 

Emran mengahwini Laudya pada 8 September 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun sebelum mengambil keputusan bercerai secara baik. Mereka juga tidak dikurniakan anak.

Sumber: Harian Metro

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Almy Nadia Alami Batu Karang Dalam Hempedu

“Fattah Amin Sabar Layan Kerenah Saya,” – Fazura