in ,

Fazura Ramal Fattah Amin Menang Bintang Paling Popular

Budiey bersetuju seratus peratus dengan kata-kata ramalan dari Nur Fazura yang mengatakan Fattah Amin akan menang di ABPBH nanti memandangkan fenomena bintang ini tiada surutnya berikutan sekarang ni masih lagi dibicarakan di sosial media. Memetik berita dari Berita Harian, Nur Fazura seakan menyokong karier seni Fattah Amin.

Nur Fazura Sharifuddin meramalkan gandingannya dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin, bakal menang besar pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

Malah, Fazura, 33, berkata bukan sesuatu yang mustahil andai Fattah, 26, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, iaitu kategori utama pada anugerah itu berdasarkan populariti diraihnya ketika ini.

“Saya meramalkan Fattah akan menang besar pada malam kemuncak ABPBH 3.0 nanti kerana dia mempunyai ramai peminat yang sayangkan dirinya. Jenama Fattah Amin sangat kuat saat ini.

“Kalau dia menang pun memang patut kerana Fattah banyak melalui pelbagai dugaan sebelum ini.

“Saya juga pernah kata pada Fattah, jika kemenangan berpihak kepadanya, itu semua rezeki dan berkat kesabaran serta sikap redanya atas segala yang terjadi sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Nothing Like Pag Ibig di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, hari ini.

Single itu disampaikan Fazura secara duet dengan penyanyi terkenal Filipina, Jason Dy.

Artis yang dikenali sebagai Raja R&B Filipina itu turut hadir untuk memeriahkan lagi acara promosi lagu berkenaan. Pada ABPBH 3.0, Fattah dicalonkan dalam kategori utama, Pelakon TV Lelaki Popular, dan dua kategori online, masing-masing Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Dalam Drama.

Fazura berkata demikian ketika mengulas dakwaan nakal sesetengah pihak yang mengatakan aktor tinggi lampai itu cuba menumpang populariti pelakon wanita yang digandingkannya demi kepentingan peribadi.

Dalam perkembangan lain, Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 itu memberitahu, beliau dan Fattah akan merakamkan sebuah lagu tema bagi menghiasi drama lakonan mereka.

“Lagu dan lirik adalah hasil ciptaan Aizat Amdan. Judulnya pula sama dengan tajuk drama lakonan kami. Saya sudah pun mendengar melodinya dan ia sebuah lagu yang mudah menangkap pendengaran peminat.

“Sekarang, kami sedang mencari masa yang sesuai untuk memasuki studio bagi merakamkan lagu terbabit,” katanya.

Malam kemuncak ABPBH3.0, 14 Mei, 9 malam secara langsung di TV3 dan di www.abpbh.com.my. Saksikan persembahan eksklusif yang menampilkan barisan artis popular dan gandingan hebat pengacara yang bakal menggegarkan pentas ABPBH3.0!!

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Persembahan Usop Nyanyi Lagu HATI MATI Trending di Youtube Malaysia

Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Album SimetriSiti