in ,

Fasa Akhir Bilik 7 Makin Panas

FASA AKHIR BILIK 7 MAKIN PANAS

BILIK 7 kini kembali memanaskan lagi keadaan setelah memberi laluan kepada bahang EURO 2012 sejak awal Jun lepas. Sensasi Bilik 7 yang bakal ke udara semula bermula 5 Julai, jam 9.00 malam ini akan mengorek segala rahsia dan gosip berkaitan artis tanahair Malaysia dalam tiga episod terakhirnya musim ini.

Fasa akhir dalam ruang soal siasat ini akan menampilkan Gambit Saifullah yang bakal menjawab kontroversi gelaran pengarah lucah, Ayu Damit dalam soal kepura-puraannya serta segala tohmahan dan isu liar berkaitan Adira.

bilik7

Inilah peluang dan medium terbaik bagi para atis ini untuk memberi kenyataan balas serta meluahkan perasaan mereka setelah dilabelkan dengan pelbagai gelaran dan pandangan negatif.

Episod ke-11 yang bakal menampilkan Gambit Saifullah pastinya bakal menarik perhatian orang ramai dalam mencari apakah alasan gambit untuk menepis segala isu yang berkaitan sebuah video muzik arahannya. Bagaimanakah pelakon, model, pengacara malah pengarah muda ini tiba-tiba bertransformasi daripada seorang jejaka idaman kepada seorang individu yang dikatakan panas baran dan telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam laman akaun sosialnya?

Episod seterusnya juga bakal membuka peluang kepada Ayu Damit dalam temubual panas dan penuh emosi di antara perantara Bilik 7, Richie Rachman. Suatu ketika dahulu gempar apabila penyanyi kelahiran program realiti ini dikatakan hamil sebelum berkahwin. Pasti kehadirannya di dalam dunia seni ini semula menimbulkan seribu satu tanda tanya. Apakah yang tersirat di sebalik kepayahan serta apakah punca kehadirannya kali ini?

Adira yang terkenal dengan lagu berhantu Ombak Rindu juga bakal tidak terkecuali untuk memberikan penjelasan walaupun mampu membuai peminat dengan suara enaknya. Tambahan pula lagu itu dinyanyikan bersama Hafiz yang sering dikaitkan dalam soal hidupnya. Kebelakangan ini, Adira sering dikaitkan dengan isu liar dan negatif. Dimanakah hilangnya personaliti anak muda ini yang suatu ketika dahulu dikatakan penuh sopan santun? Apatah lagi apabila Adira dikatakan melakukan sesuatu untuk tampil menawan di kalangan orang ramai. Gadis bertubuh kecil ini juga pernah dikaitkan dengan isu percintaan sejenis. Apakah rahsia di sebalik wajahnya yang bersahaja. Adakah segalanya bakal terbongkar di Bilik 7?

Pastikan anda menonton Bilik 7 bagi mendengar, memahami,menyelami dan menganalisis perbualan hangat hati ke hati bersama para artis. Nantikan segala jawapan yang bakal menjawab kesemua persoalan yang bermain di benak fikiran anda. Layakkah mereka diberi peluang kedua? Saksikan Bilik 7 yang bakal kembali menghangatkan suasana malam anda mulai 5 Julai ini setiap hari Khamis pada jam 9.00 malam secara eksklusif di ntv7. Kepada mereka yang terlepas menyaksikannya jangan lupa untuk melayari www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai rancangan ini sila layari laman sesawang www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melaui Facebook dan Twitter.


Richie Rachman sebagai Hos Bilik 7

Richie Rachman sebagai Hos Bilik 7

Gambit (2)

Gambit Saifullah

Gambit Saifullah

Gambit Saifullah

Ayu Damit in Bilik 7

Ayu Damit juga turut buat penjelasan di Bilik 7

Bilik 7 Adira

Adira

Bilik 7 - Adira (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Pertama Extended Play MOJO

Recycle Your Phones Save The Turtles