in , ,

Suara Jantan Jadi Taruhan, Fariz Kamil Lancar Single Pertama Berjudul TERLUKA

Fariz Kamil merupakan nama yang betul-betul segar dalam industri nyanyian tanah air. Berusia 29 tahun dan dilahirkan di Kuala Lumpur, Fariz memulakan nyanyian sejak dari bangku sekolah lagi. Jejaka ini mula memberanikan diri untuk menyanyi di pentas ketika di darjah enam. Kemudian minatnya untuk menjadi penyanyi kian bercambah hari ke hari.

Meminati muzik bergenre balada dan pop, Fariz mempunyai visi dan misi tersendiri untuk melangkahkan kaki ke dalam dunia nyanyian tanah air. 

“Saya mempunyai visi tersendiri iaitu ingin mengembalikan style crooner ala lagu-lagu nostalgia yang tidak lapuk ditelan zaman dengan misi mengekalkan lagu konsep pop balada supaya menjadi malar segar seperti penyanyi terdahulu,”

– Fariz Kamil

Suara Jantan Taruhan Fariz Kamil

Oleh itu, Fariz yang mengidolakan Art Fazil dan Datuk M.Nasir kini muncul dengan lagu berjudul TERLUKA yang merupakan single perdana nyanyiannya. Jejaka bersuara jantan ini merupakan penyanyi terbaru syarikat rakaman Moro Records.

Lagu berkonsep pop balada ini merupakan hasil ciptaan artis dan komposer serta produser terkenal Singapura, Art Fazil.

Menurut Art Fazil, dia mempunyai sebab tersendiri untuk menghasilkan sekaligus menerbitkan lagu untuk Fariz. 

“Saya memilih Fariz kerana suaranya yang unik. Tidak ramai artis iaatu penyanyi baru masa kini yang mempunyai suara jantan.

Kami sengaja merakam Fariz dan melawan arus masa kini kerana dia mempunyai potensi besar untuk menjadi suara terkenal di Nusantara.

Saya meminati penyanyi lagenda Indonesia, Broery Marantika dan saya melihat suara Fariz ada potensi untuk menyanyikan lagu lagu ala crooner dengan baik seperti Broery,”

– Art Fazil

Lagu ini mengisahkan tentang kedukaan yang dialami seseorang yang ditinggalkan kekasihnya. Menariknya tentang pembikinan lagu ini kerana mendapat hasil air tangan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air. 

Lagu ini mendapat kerjasama Eddie Marzuki dan Addy Cradle untuk bahagian gitar, Ujang Exist untuk dram dan orkestra di bawah pimpinan Eddie Marzuki. Eddie turut menyumbangkan bahagian bass untuk lagu yang diterbitkan pada bulan Oktober 2020 ini. 

Mendapat kerjasama dari individu-individu ternama industri, Fariz merasa berbesar hati dan bertuah. Malah dia mempunyai harapan peribadi melalui lagu Terluka. 

Fariz Kamil TERLUKA

 “Saya mengharapkan suatu hari nanti, saya mampu  menjadi seperti penyanyi-penyanyi terdahulu di mana lagu mereka kekal hingga ke hari ini dan saya juga mengharapkan agar dapat berkongsi perasaan melalui lagu dan nyanyian saya nanti serta dapat menghiburkan para pendengar,”

– Fariz Kamil

Bakat dan suara unik Fariz dikesan dengan cara yang cukup organik oleh Art Fazil. Segalanya bermula di Uptown Kota Damansara sewaktu Fariz sedang rancak menyanyi karaoke.                              

“Masa itu, Fariz menyanyikan lagu Suatu Masa oleh M.Nasir. Saya dan Nik Jassmin (Moro Records) serta rakan rakan dari Kino-I Pictures terpegun mendengar suara Fariz.

Kami ingatkan orang tua yang nyanyi tapi rupa rupanya seorang anak muda. Dari situ kami mengenali Fariz dengan lebih rapat lagi dan menawarkan kontrak rakaman,”

– Art Kamil

Art kemudian menceritakan pengalaman pertama Fariz berada dalam studio rakaman. Tidak berpengalaman dan amat mentah dalam dunia rakaman, awalnya Fariz nampak kurang selesa sewaktu rakaman lagu dilaksanakan.        

“Namun setelah membuat latihan di dalam studio beberapa kali dia sudah boleh menyanyikan lagu ini dengan baik sekali.

Ketika membuat penggambaran muzik video, kami dapati Fariz juga mempunyai bakat berlakon yang boleh digilap.

Saya rasa Fariz adalah seorang bakat baru Malaysia yang berpotensi untuk menjadi terkenal di Nusantara,”      

“Saya menciptakan lagu Terluka single pertama Fariz dengan pandangan yang lagu ini dapat menonjolkan suara Fariz yang unik. Setelah mencipta lagu itu, saya ‘test’ untuk Fariz nyanyikan lagu ini.

Saya memberi Fariz ruang nutuk menyanyikan lagu ini dengan stail dia tersendiri tanpa terlalu banyak mengubah melodi asal. Setelah 3 bulan latihan kami pun memasuki studio di KL,”                        

– Art Kamil

Art berharap agar lagu ini dapat diterima pendengar dan menembusi pasaran lagu melayu tempatan.      

Muzik video lagu ini menggambarkan keperihan seorang yang terluka hatinya akibat ditinggalkan kekasihnya. Penggambaran yang dibuat di dalam suasana hujan malam memberikan suntikan tragis di dalam menyampaikan emosi lagu tersebut. Muzik video rasmi dengan durasi 3 minit 42 saat ini boleh ditonton di laman YouTube Mororecs.

Fariz Kamil TERLUKA

Profile Fariz Kamil

Nama : Fariz Kamil 

Umur : 29 tahun

Tarikh Lahir: 03.08.1991

Tempat Lahir: HKL, Kuala Lumpur

Zodiac : Leo

Adik beradik: Anak kedua daripada tiga beradik

Kelayakan : Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Diploma)

Sekolah : SMK Seksyen 4 Kota Damansara (Sekolah Menengah)

Warna Kegemaran : Hijau, biru tua, hitam

Penyanyi  Kegemaran: Dato’ M Nasir, Art Fazil, Broery Marantika, Dhalan Zainuddin, Ibnor Reza, Cakra Khan, Dato Siti Nurhaliza, Dato’ Ramli Sarip 

Hobi: Fotografi, Motorsports, Bolasepak

Genre Muzik Nyanyian : Balada & Pop

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemuncak Pesta Al-Quran Dalam Rancangan Gema Haflah Munajat Di TV Alhijrah

Walt Disney Animation Studios Debuts New Trailer & Poster For RAYA AND THE LAST DRAGON