in , ,

Farid Kamil & Maslina Ramli Drama Lagenda Budak Setan

Selami kisah cinta agung Kasyah dan Ayu dalam bentuk drama bersiri secara eksklusid di Astro Prima.

Pada 2 Ogos lalu, Budiey sempat hadir di Majlis Pelancaran Drama Lagenda Budak Setan di Teeq Breasserie, The Rooftop, Lot 10, Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

_DSC0020

Seronok menonton filem Legenda Budak Setan? Kali ini, mungkin keseronokkan akan lebih berganda dengan drama TV pula. Mungkin itu aura pada jalan cerita yang diadaptasi dari novel yang mencecah kutipan RM4.5 juta jadi tak hairanlah Astro mengadun filem itu dalam bentuk drama sebanyak 26 episod.

Drama ini dapat ditonton pada setiap Selasa, mulai 10 Ogos ini, pukul 10.30 malam menerusi saluran 105, Astro Prima. Kisah cinta abadi penuh iktibar, moral dan pengajaran yang dihasilkan oleh Ahadiat Akashah yang sangat popular 25 tahun lalu.

Drama ini diarahkan oleh Along Kamarudin dan mengekalkan Ahadiat Akashah sebagai penulis skrip dan cerita asal. Cinta merupakan tema pokok di dalam kisah yang menyayat hati ini. Titipan kasih cinta agung yang bermula dari zaman remaja sehinggalah menyusuri alam dewasa. Kisah tentang bagaimana seorang lelaki yang tidak kenal erti kasih sayang dan kononnya anti perempuan boleh berubah menjadi seorang pencita agung, tabah hadapi segala dugaan yang mendatang dan tetap setia pada cinta yang satu walaupun diduga dengan pelbagai halangan yang penuh cabaran. Kisah cinta ini telah pun dibawa ke layar perak sebelum ini dan kini diterjemahkan pula dalam bentuk drama bersiri. Persoalannya, adakah wujud lelaki seumpama ini di alam realiti atau cuma sekadar terjemahan fantasi untuk dihayati.

TANPA LISA SURIHANI

Jika dalam filem, penonton melihat kesyahduan cinta antara Farid Kamil dan Lisa Surihani namun dalam drama ini, penonton tidak akan dapat menonton wajah Lisa sebaliknya kemunculan wajah baru iaitu pelakon yang baru meningkat naik, Maslina Nasir sebagai Ayu.

_DSC0002
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, Lisa bukan disingkirkan daripada berlakon dalam siri tersebut namun pelakon itu terpaksa berundur diri kerana mempunyai percanggahan waktu dengan penggambaran drama bersiri Tudung Ekspress.

Turut menjayakan siri tersebut ialah Jue Aziz sebagai Emilia, Melissa Maureen Rizal sebagai Katerina, Nas T sebagai Azmi, Arifah Damanhuri sebagai Mak Leha dan Ngasriah Ngasri sebagai Suzana.

Maslina Nasir Farid Kamil
Maslina kali pertama digabungkan bersama Farid Kamil

Nas T
Nas T sebagai Azmi

_DSC0036

_DSC0037

“Bukan Lisa sahaja, tetapi kita juga terpaksa mengambil pelakon-pelakon lain sebab pelakon asal filem itu mempunyai komitmen lain. Menariknya, plot-plot yang tiada dalam filem Lagenda Budak Setan akan dipaparkan dalam drama bersiri itu. Skripnya masih ditulis oleh Ahadiat Akashah selaku penulis asal novel tersebut manakala pengarahnya ditukar kepada Along Kamarudin. Ini kerana pengarah Sharad Sharan lebih selesa mengarah filem yang berskala besar,” kata Nizam.

Tambahnya: “Kami bawakan drama ini khusus buat penggemar Lagenda Budak Setan kerana kami yakin dengan kekuatan jalan cerita yang padat dan disokong dengan kualiti produksi bermutu tinggi serta lakonan barisan pelakon yang terlibat. Di bawah arahan pengarah handalan, Along Kamaruddin, drama ini pasti akan membuatkan penonton bergelumang dengan mainan emosi yang mendalam.

SINOPSIS DRAMA LAGENDA BUDAK SETAN

Siri itu bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya.

Namun sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (Maslina Nasir), lalu membuatkan dia jatuh cinta.

Walaubagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (Nas-T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Ayu terpaksa menerima Azmi atas paksaan Mak Leha (Arifah Damanhuri) walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.

Selepas Ayu bernikah dengan Azmi, hati Kasyah hancur berkecai dan hidupnya menjadi tidak terurus. Selepas berkahwin, hidup Ayu tidak bahagia dan suatu malam setelah dibelasah teruk oleh Azmi, dia memandu dengan laju sehingga mengalami kemalangan yang teruk.

Ayu bernasib baik kerana umurnya masih panjang namun wajahnya sudah tidak secantik dulu. Lantaran Ayu memulakan hidup barunya dengan wajah baru serta nama baru, Emilia (lakonan Jue Aziz).

Suatu hari, Ayu atau Emilia dipertemukan dengan Kasyah dan cinta mereka kembali bertaut. Kejadian yang membawa kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita ini.

Ketahui jawapan pada kisah cinta tragis ini dalam drama Lagenda Budak Setan yang bakal bersiaran setiap Selasa bermula pada 10 Ogos ini jam 10.30 malam menerusi Astro Prima di saluran 105.

_DSC0004

_DSC0021

_DSC0023

Anne

Maslina Nasir Farid Kamil

Nas T

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. aku memang tabik kat farid ni dulu
    walaupun dah famous tapi kenduri member dia tetap gak dia pergi
    tapi sekarang ni dia sibuk sikit kut….
    tak pelah janji pandai jaga diri……

  2. Best crita ni..lebih best dari film. Semua watak berjaya di hidupkan. Mcm ni la betul lbs dlm novel tu. Yg lbs film nya ntah apa2 tak sama mcm dlm novel

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rumahtangga Raja Azura Bergolak Mahu Bercerai?

Universal Networks International Launches Diva Universal In Asia