in , ,

Farid Kamil Harap Diana Danielle Jaga Adab, Ingat Status Masih Bergelar Isteri

Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.

Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, yang sepatutnya menghadiri prosiding yang dijadual berlangsung, pagi Selasa.

Menurut aktor berusia 42 tahun itu, dia sendiri tidak dapat memastikan sebab dan alasan Diana tidak menghadirkan diri, meskipun tarikh prosiding difailkan sendiri oleh isterinya itu.

Sulh hari ini tidak dapat diselesaikan kerana Diana tidak hadir. Saya difahamkan mengenai alasannya adalah disebabkan ketika ini dia masih tidak boleh berjumpa dengan saya.

Bagaimanapun, saya berharap doa orang ramai dan saya sendiri dapat dimaklubkan supaya Diana berlembut hati kerana dia masih isteri saya.

Dalam tempoh saya tidak dapat berjumpa dia, saya juga berharap Diana dapat menjaga adab dan jangan lupa dirinya masih sebagai isteri saya.

Farid berkata demikian ketika ditemui usai dia menjalani prosiding sulh pertama di mahkamah, pagi Selasa.

Jika Tak Hadir, Diana Hina Mahkamah

Dalam masa sama, pelakon filem Anwar The Untold Story itu menegaskan, sekiranya Diana masih tidak dapat menghadirkan diri untuk menjalani prosiding sulh pada 25 Mei depan, isterinya seolah-olah menghina mahkamah.

Ketika hadir ke prosiding sulh pertama, Farid mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700.

Antara tawaran yang diberikan termasuk kereta mewah jenis Velfire, barangan kemas, nafkah dan tiket menunaikan Umrah.

Kata Farid, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.

Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.

Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Hadanah, Nafkah Anak, Tunggu Minggu Hadapan,” – Peguam Syamsul Yusof

Buat Muka Slumber, Netizen Dakwa Nad Zainal & Suami Tak Mesra Peminat