in , ,

Farid Kamil & Diana Danielle Sah Nikah 3 November

Setelah berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November depan. Pasangan romantik ini telah memilih lokasi tasik di Hotel Flamingo, Ampang untuk melaksanakan pernikahan.

Menurut Farid, dia sengaja membuat pengumuman itu bagi berkongsi berita gembira itu bersama wartawan dan peminat.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions di sini, pada malam Isnin.

“Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami,” katanya ringkas.

Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 1 September lalu.

Tambah Farid Kamil lagi,

“Saya akui berdebar sejak kali pertama kami bertunang. Kami sengaja pilih November kerana ia adalah bulan kelahiran Diana iaitu pada 21 November. Justeru pada tarikh lahir Diana persandingan di sebelah pihak perempuan diadakan hari lahir Diana di Ampang. Manakala persandingan di pihak saya Insyaallah akan berlangsung pada bulan Disember.”

Majlis yang diadakan di Damansara dekat sini itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pada majlis berkenaan kedua-dua pihak pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang.

Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula.

Farid sebelum ini pernah bercinta dengan Irma Hasmie tetapi hubungan itu tidak kekal sementara Diana pula dengan pengarah dan aktor Syamsul Yusof. Sumber: Mstar Online

Semoga segalanya selamat dilangsungkan. Itu yang kami kat sini doakan. Amin.

Farid Kamil

Farid Kamil

Diana Danielle

Diana Danielle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liam Neeson Dapat Bayaran RM30 Juta dalam Taken 2

Apa Itu NuffnangX