in

Apa Itu NuffnangX

Baru-baru ini, Budiey telah diperkenalkan dengan satu lagi aplikasi terbaru yang berinovasi keluaran Malaysia iaitu NuffnangX. Budiey rasa, ramai pembaca yang dah tau tentang NuffnangX ini. Tapi apa yang penting, korang kena masuk dulu laman web ini: www.nuffnangx.com

NuffnangX

Pada yang belum tahu, NuffnangX ini adalah satu aplikasi terbaru yang berfungsi untuk melihat kemaskini blog-blog yang kita suka baca in real time. Aplikasi ini memaparkan entri yang terbaru yang disiarkan. Jadi, dengan adanya aplikasi ini, membuatkan Budiey selalu ingin updates entry terbaru setiap jam sebab korang pun sure punya nak tengok apa yang terbaru kan?

Aplikasi ini sekarang boleh dimuatturun secara percuma pada platform alat peranti iOS dan juga Android.

‘X’ kat hujungnya tu, mungkin bermaksud extra di mana korang boleh dapat banyak faedah dari aplikasi ini. Harap-harapnya lah.

Selesai sahaja mendengar taklimat pasal NuffnangX ini, Budiey terus je install dalam phone dan lihat apa yang best tentang aplikasi NuffnangX ni. Kepada yang dah mencuba aplikasi ni, kenalah selalu godek-godek atau eksplore. Mulanya macam tak biasa gak, ala… macam aplikasi lain jugak la. Lama kelamaan bila dah biasa, seronokla pulak, rasa nak bukak tiap-tiap hari tengok apa yang terbaru di blog kawan-kawan kita tu.

NuffnangX_2

Budiey sekarang dah jadi addicted guna aplikasi NuffnangX nih. Bukan apa, ia memudahkan Budiey untuk baca blog dengan menggunakan telefon bimbit. Lagi satu, bila kita nak komen sesuatu entri tu pun rasa senang. Nak balas komen pun lagilah senang. Boleh berhubung dan berchat lagi dengan penulis blog yang ada di Malaysia malah di seluruh dunia secara personal.

Kat aplikasi ni, kita diberi pilihan untuk dapatkan notification tentang komen yang ditulis melalui NuffnangX dihantar secara terus ke telefon bimbit. Kat situ pun, Budiey rasa aplikasi ni sangat cool.

Jika blog yang kita follow tu ada kemaskini terbaru, terus kita dapat tahu dan jika berminat boleh baca terus kat situ. Jadi, kat sini dah jimat masa, tak perlu lagi nak buka notebook atau komputer.

Budiey kira aplikasi ni sangat berfaedah untuk penulis blog popular dan juga tak berapa nak popular pun boleh guna aplikasi ini untuk mengira berapa orang folllower mereka. Mungkin selepas ini, orang dah tak akan melawat blog secara terus di kompoter dengan menggunakan browser sebab terlalu berat dan lama untuk loading. Adanya aplikasi ini, membolehkan kita senang untuk baca tajuk terbaru, jika kita rasa berminat nak baca entri tu, barulah masuk untuk baca lebih lanjut.

Okay, Budiey rasa setakat itu dulu penerangan tentang NuffnangX. Selepas ini, Budiey akan terang lebih lanjut tentang aplikasi ini. Cukuplah dulu, korang kenal dan faham apa itu NuffnangX secara kasarnya ya.

Oh ya, sebelum apa-apa, jom follow blog budiey di NuffnangX dan juga blog kegemaran anda yang lain ye. Layari www.NuffnangX.com

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Farid Kamil & Diana Danielle Sah Nikah 3 November

Once Upon A Time Jack Lim 2013