in

Faralyna Idris Kini Temui Cinta

Faralyna Idris Temui Cinta Dalam Slot Bidadari, 13 Episod Drama Sutera Cinta Di TV1

Jika perasaan cinta itu sudah ada tiada siapa yang mampu menolaknya. Tidak kiranya samada dengan lelaki sebangsa mahu pun yang berlainan agama. Situasi itu bisa menggambarkan kisah cinta yang berlaku dalam diri Qistina lakonan Faralyna Idris, pelakon tinggi lampai yang mula mencipta nama dalam bidang lakonan kini. Membawakan watak sebagai seorang anak ahli perniagaan terkenal yang jatuh cinta dengan seorang pemuda berbangsa India ketika mencari ketenangan di sebuah resort di Pahang, Qistina juga terpaksa berdepan dengan Zaki, pemuda pilihan keluarganya yang berjaya menyembunyikan identiti sebenar dirinya gemar berpoya-poya lakonan Norman Hakim.

Sepanjang 13 episod siarannya, drama rantaian Sutera Cinta mengisi slot Bidadari yang mulai menjadi pilihan penonton berhibur setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.05 pagi bermula pada 17 November 2011 depan dapat diikuti menerusi saluran TV1.

Babak Dalam Sutera Cinta

Episod pengenalannya membawakan penonton menghayati babak di mana Zaki dimarahi oleh Dato Bahari kerana sering berfoya-foya. Zaki diberi kata dua oleh Dato Bahari, jika sikapnya tidak berubah, dia tidak akan mewarisi perniagaan ayahnya. Sebaliknya Dato Bahari bercadang untuk menyerahkan perniagaan itu kepada yayasan atau kebajikan.

Dato Zakuan sebagai teman menganjurkan Zaki bekerja di syarikatnya. Mungkin di bawah pengawasan orang lain, Zaki boleh berubah. Zaki menentang idea itu, dia tidak mahu bekerja di bawah orang lain. Namun setelah melihat Qistina, anak Dato Zakuan, dia berubah fikiran.

Semenjak itu Zaki berubah sikap, rajin dan berdisiplin. Ini membuatkan Dato Zakuan jatuh hati padanya. Dia ingin berbesan dengan Dato Bahari. Mereka seperti saudara angkat. Dato Zakuan banyak terhutang budi dengan Dato Bahari. Bisnes yang dimilikinya adalah atas bantuan Dato Bahari.

Sebenarnya Zaki tidak ikhlas berubah. Dia hanya mahukan Qistina dan juga harta ayah serta bakal mertuanya. Namun Qistina tidak tahu. Zaki pandai memikat dan mereka akhirnya bercinta, walau pun Zaki banyak berahsia. Setelah pelbagai dugaan bercinta, mereka akhirnya mencapai kata sepakat.

Saat hampir mereka ditunangkan, telahan rakan Qistina, Natasha tentang sifat sebenar Zaki terserlah. Dia tertangkap sedang berfoya foya dengan gadis lain. Kali ini Zaki tidak dapat lari lagi. Zaki bersumpah untuk berubah dan meminta peluang kedua di depan Dato Bahari dan Dato Zakuan. Semuanya terserah pada Qistina. Qistina memerlukan waktu untuk membuat keputusan.

Qistina membawa diri bersama Natasha dan Sem bercuti di sebuah Resort Felda. Dia ingin melapangkan fikiran dan bertenang. Ketika di sana, Qistina hampir lemas ketika mandi di sungai. Dia diselamatkan oleh Kumar yang bertugas sebagai pemandu pelancong ketika mereka merentas hutan. Qistina dibawa ke rumah Kumar untuk mendapatkan rawatan kerana ibunya, Manisha pandai mengurut orang.

Di situ Qistina banyak belajar tentang kehidupan orang India dengan lebih dekat dia merasa selesa dan meminta izin untuk tinggal lebih lama di rumah Manisha. Kumar tiada halangan kerana dia boleh tinggal di asrama pekerja resort. Qistina selesa tinggal dengan Manisha kerana sifat keterbukaannya.

Dalam masa yang sama, jiran Manisha terpaksa menerima anak saudara mereka yang menjadi yatim piatu kerana kehilangan ayah dan ibunya dalam kemalangan jalan raya. Adam, pendiam dan enggan respon dengan ibu dan bapa saudaranya. Lijah dan Nazman terpaksa merotan Adam untuk mengajarnya. Namun semakin Adam diajar dengan cara itu, dia semakin liar. Lijah dan Nazman akhirnya mencadangkan Adam dihantar ke rumah anak anak yatim sahaja.

Namun Qistina yang melihat situasi itu, mencadangkan agar Lijah dan Nazman menggunakan pendekatan psikologi kerana menganggap Adam anak istimewa. Dengan susah payah akhirnya mereka bersetuju mendidik Adam secara psikologi.

Kumar dan Qistina semakin rapat, Qistina menggalakkan Kumar untuk melanjutkan pelajarannya, namun Kumar bimbang ibunya. Kemesraan Kumar dan Qistina rupa rupanya dibenci oleh Lechu meminati Kumar sedangkan Kumar hanya menganggapnya sebagai kawan.

Setelah Qistina pulang ke Kuala Lumpur, dia masih tidak memberikan jawapan tentang masa depan hubungannya dengan Zaki. Dia kini mencintai Kumar, begitu juga Kumar. Namun faktor bangsa dan agama membuatkan mereka lebih berhati hati.

Namun bagaimanakah kesudahannya? Saksikan drama yang turut dibintangi Farabie Mohd, Shaharudin Thamby, Wan Nor Azlin, Zulkifli Zain dan Kenchana Dewi ini hanya di TV1.

Faralyna Bergandingan Dengan Wan Nor Azlin

Drama Bersiri Sutera Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Addy Ashraf Leeza Zin Dalam Drama 8 Bahagian

Telemovie Sinar Idaman