in

Farah Asyikin Ajak Setiausaha & Peminat Santai di Scrumptious Restaurant

Seminggu dua ini, Budiey agak sibuk menghadiri sidang media dan show Minggu Setiausaha. Budiey lihat macam-macam konsep dan tema Minggu Setiausaha dianjurkan. Tapi tujuannya sama iaitu untuk menghiburkan dan meraikan setiausaha dan boss mereka.

Syarikat korporat tak lokek untuk keluarkan duit untuk beli seat atau meja setahun sekali untuk setiausaha mereka. Selain itu, penampilan artis yang akan menghiburkan hadirin juga adalah faktor utama samada show Secretaries Week itu berjaya atau tidak.

Pada 20 April 2010 (semalam), jam 4 petang, Budiey telah menghadiri Majlis Sidang Media – Secretaries Week Celebration Night With Farah Asyikin. Sidang media yang diadakan di Scrumptious Restaurant Kuala Lumpur ini adalah anjuran restoran Scrumptious & Spread Media dengan kerjasama Voir.

Untuk info pembaca, Secretaries Week Celebration Night With Farah Asyikin akan diadakan pada 28 April 2010, jam 8 malam di Restoran Scrumptious. Terbaru, Persembahan Minggu Setiausaha Farah Asyikin di Scrumptious Restaurant dipinda ke tarikh 5 Mei 2010 jam 8 malam. Harap maklum.

Temubual Budiey bersama Farah Asyikin:

Rasanya ramai yang tak tahu kat mana Restoran Scrumptious ni. Budiey pun samalah, sebenarnya masa nak pergi ke restoran ni, Budiey terpaksa pusing banyak kali sebab tak biasa dengan lokasinya.

Maklumlah restoran ni baru dibuka. Oleh kerana peta yang diberikan tak berapa jelas, Budiey berpandukan dengan Google Maps. Namun, masih tak berjumpa sebab restoran ini sebenarnya baru sebulan beroperasi. Jadi, masih tak dikemas kini dalam Google Maps.

Restoran ini terletak di No. 5, Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur. Sila layari laman web restoran ini iaitu www.scrumptious.com.my

Budiey lihat, event Minggu Setiausaha kali ini sangat unik. Selain diadakan pada waktu malam, ia juga mempunyai konsep yang lain dari yang lain. Dengan bekerjasama Voir & Voir Shoes,

Minggu Setiausaha di Scrumptious Restaurant buat pertama kalinya memperkenalkan tema istimewa yang diberi nama ‘Eye on Fashion 2010 with Farah Asyikin’. Antara aturcara program ialah hadirin dapat menyaksikan persembahan fesyen yang memperagakan pakaian terbaru keluar Voir dan kasut keluaran Voir. Seperti kata Farah, konsepnya santai dan rileks.

Selain fashion show, Budiey rasa, peminat Farah Asyikin takkan lepaskan peluang untuk menyaksikan show Farah Asyikin selama 30 minit. Farah Asyikin akan menyanyikan lagu-lagu popularnya termasuk single terbaru, Ada Mu.

Selain dapat menikmati 3 hidangan istimewa yang disajikan oleh chef restoran, hadirin juga akan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah berupa voucher Voir dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

Tiket yang dikenakan ialah RM150 sahaja. Untuk tempah tiket sila hubungi : 03-2161 6116

Hidangan Secretaries Week:

Starter:
Roasted pumpkin soup with coconut milk foam

Main Course
Grilled medallion of tenderlion with mushroom ragout, mash potato and tyme sauce or roast chicken breast served with sweet corn puree and aranchini with roasting juice.

Dessert
Traditional sago gula melaka served with ice-cream

Drinks
Scrumptious mint voilet.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Street Fair Deodorant Gatsby Sangat Meriah & Catat Sejarah

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH Media Hiburan