in , , ,

Lirik Lagu Tema Nilapura Atas Sebuah Janji Farah Asyikin

Korang mesti ada yang dah tonton drama epik fantasi Nilapura yang bersiaran di TV3 jam 9 malam, kan? Apa pendapat korang dengan drama ini?

Farah Asyikin

Pengambaran drama ini dah pun selesai. Tahniah untuk KL Motion Pictures. Namun, ramai yang kata drama ini terlalu pelik kerana ada yang tak kena dengan cerita.

Ramai gak yang tak tahu drama ini sebenarnya bergenre epik fantasi. Ia bukannya sebuah drama berkaitan dengan mana-mana fakta sejarah.

Apabila dikatakan sebuah drama fantasi, semestinya ia nampak macam ditokok tambah dari segi penceritaan, prop, kostum dan sebagainya. Jadi, drama ini tidak ada kena mengena dengan fakta sejarah.

Sebuah lagu yang berirama melo juga turut diperkenalkan dalam drama ini. Lagu nyanyian Farah Asyikin berjudul Atas Sebuah Janji ini juga tidak mencerminkan drama ini sebuah drama epik.

Namun begitu, mesej lagu ini memang kena dengan jalan cerita Nilapura.

Atas Sebuah Janji (Ost Nilapura – Penyanyi: Farah Asyikin)

Bila cinta jadi pertaruhan
Ku berlabuh di singgahsana
Ku relakan satu ikatan
Atas nama pengorbanan

Sempat diri tiada hati
Sempat enggan mendekati
Saling menuntut yang tak dimiliki
Tak bisa mendustai takdir

c/o
Kan ku ikat janji untuk kenalimu lagi
Akan ku terus mencari
Walau kau telah disisi
Ku mohon padanya
Ditempatkan semula kasihku
Agar dia tahu ku kan selalu ada

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Little Red Dress Make Your Presence Felt

Penyanyi Ezlynn Bertunang