in

Farah Asyikin Duta Baru Jenama Jam Tangan Roscani

Pada jam 3 petang semalam, bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, satu majlis memperkenalkan penyanyi Farah Asyikin sebagai duta rasmi jam tangan popular berjenama Roscani Trouvaille Collection telah diadakan.

Selain gelaran pemenang Anugerah Muzik Planet 2008 untuk anugerah Artis Baru Terbaik, aura imej serta keunikan vokal Farah Asyikin menjadi daya penarik utama untuk Jun Lee Sdn Bhd (pengedar Roscani) melantiknya sebagai duta. Tahniah kepada Farah Asyikin!

Suara Farah Asyikin yang segar dan eksotik dengan gaya yang unik menambahkan lagi daya penarik untuk menggayakan jam Roscani. Bagi Farah Asyikin pula, Roscani adalah jenama jam yang begitu unik, selesa, elegan, tampak fresh, baru dan berkualiti untuk dipakai menjadikan dirinya satu ikon yang punya citarasa.

Pada majlis itu, Farah Asyikin sempat mempersembahkan dua buah lagu iaitu Satu Penipuan dan lagu single terbarunya, Tak Ingin Akhiri sebuah lagu balada ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak. Farah Asyikin turut ditemani bekas suaminya.

The new design feature is unique as the watch body curves to fit any wrist size comfortably, making the new Roscani timepieces one of the very few elegant timespieces to fit the Asian wrist.

Terima kasih Farah Asyikin atas ucapan Selamat Hari Jadi untuk Budiey yang ke-32. Terima kasih buat Aswadz juga. Terharu sangat bila mendapat ucapan dari selebriti di tengah-tengah kehangatan majlis petang semalam. Dan tidak lupa juga kepada Roscani kerana sudi memberikan seutas jam Roscani bernilai RM368.00 untuk setiap media yang datang buat liputan. Budiey pun dapat seutas! Terima kasih!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VIDEO PROMO TEATER MUZIKAL PATRIOT ASHRAF MUSLIM

CC WINNER SO YOU THINK YOU CAN DANCE SEASON 2