in ,

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Program travelog “Unsung Places” yang membawa penonton TV3 menjelajah dan menerokai destinasi luar biasa dengan tarikan tersembunyi kembali dengan paparan yang lebih menarik dan segar di bulan Ramadan ini. Khusus buat tatapan penonton setia TV3, Unsung Places – Echoes of Ummah bakal membawa penonton menelurusi kisah penduduk minoriti Islam di Laos, Kemboja, Vietnam dan Nepal.

[dropcap]U[/dropcap]nsung Places – Echoes of Ummah bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam selama 5 episod bermula 13 Julai 2013 di TV3. Ikuti pengembara muda, Fakhrulradhi yang aktif dalam Tilawah Al-Quran, seorang penceramah muda dan juga seorang vokalis kepada kumpulan nasyid, UNIC, untuk mengetahui bagaimana komuniti minoriti mengekalkan identiti Muslim mereka di wilayah yang didominasi oleh agama bukan Islam.

[pullquote align=”right”]Hayati Ramadan Di Indochina Dan Nepal Bersama Fakhrulradhi setiap hari Sabtu jam 7.30 malam di TV3[/pullquote]

Jurnal latar budaya dan agama masyarakat minoriti Islam dirakam sepenuhnya oleh Fakhrul. Hayati pengembaraan dan pengalaman beliau untuk mengenali semua lapisan masyarakat dari anak kecil, remaja, dewasa sehingga warga emas dan cara menyesuaikan diri dengan budaya dan gaya hidup masyarakat Muslim sebagai ummah di jajahan asing yang majoriti kepimpinannya ialah bukan Islam.

Perjalanan mendekati saudara ‘ummah’ yang mempunyai kelainan pada latar kehidupan dan corak amalan seharian telah memberi cabaran baru kepada Fakhrul untuk mencari ruang bicara dengan beberapa individu yang boleh memberi gambaran jelas tentang status ummah di lokasi terpencil. Sejauh mana profil lokasi mempengaruhi cara hidup mereka dan apakah persepsi yang bakal dikongsikan?

Selain itu, episod akhir yang bakal bersiaran pada 10 Ogos 2013 ini fokus kepada identiti ‘ummah’ yang menceritakan makna hari kemenangan bagi seluruh masyarakat Islam dan bagaimana gema Islam mampu dirasai biarpun bergelar masyarakat minoriti. Saksikan pengembaraan Fakhrul yang merentasi Asia Selatan ke Asia Tenggara untuk mendekati setiap individu, berkongsi amalan tempatan, mengetahui persiapan menjelang Aidilfitri dan momen yang menjadi kelaziman mereka. Pertemuan yang tidak dijangka telah mencetuskan pengalaman baru bagi kedua-dua pihak.

Justeru, jangan ketinggalan untuk mengikuti pengembaraan Fakhrul menerusi program travelog Unsung Places – Echoes of Ummah, pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam mulai 13 Julai 2013 selama 5 episod. Penonton yang terlepas menyaksikan Unsung Places – Echoes of Ummah boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Betty Benafe

Betty Benafe Hamil 4 Bulan

Isu Gam Utusan Malaysia Alyah Mohon Maaf