in ,

Ada Sebab Fahrin Ahmad Sering Digoda Lelaki Gay

Ramai selebriti lelaki yang kacak dan bergaya akan didekati oleh golongan gay. Itu sudah menjadi kelaziman dan terpaksa ditempuhi oleh selebriti kacak. Fanrin Ahmad tak dapat lari dari isu LGBT ini.

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad akui pernah didekati kaum sejenis yang mahu menjalinkan hubungan songsang dengannya. Fahrin berkata lebih ekstrem lagi, apabila dia pernah menerima gambar separuh bogel yang berunsur seks daripada kaum sejenisnya.

Travelogue Budiey & Fahrin Ahmad di Paris Day 3

“Sebenarnya stigma yang mengatakan saya ni seorang gay sudah lama, malah saya rasa ianya normal bagi setiap selebriti.

“Lebih teruk lagi, saya pernah diganggu oleh seorang lelaki yang menghantarkan gambar separuh bogel ke talian saya.

“Saya boleh terima kalau mereka hanya mahu berkawan tetapi jika ianya melampaui batas seperti menghantarkan gambar berunsur seks begitu, saya tidak boleh mendiamkan diri dan terus bertindak untuk blocked nombor mereka serta merta,”

– Fahrin Ahmad

Fahrin ditemui selepas sidang media Anda Boleh Jadi Jutawan oleh Power Root di Hotel One World petang tadi.

Fahrin berkata mungkin salah satu faktor stigma itu timbul kerana dia masih lagi berstatus bujang.

“Nak kata sebab saya belum kahwin, tak jugak kerana saya perkara ini normal bagi semua lelaki.

“Kalau mereka ingat saya ni gay memang mengarutlah. Itu je yang boleh saya katakan,”

– Fahrin Ahmad

Mengulas mengenai statusnya kini, Fahrin memberitahu dia tidak terdesak untuk berkahwin dan masih belum ada teman.

“Buat masa sekarang ni saya boleh kata saya tidak mencari dan tak menunggu sesiapa untuk berkahwin.

“Saya tak mahu terlalu memikir tentang kahwin kerana terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti harian,”

– Fahrin Ahmad

Fahrin kini yang mengacarakan program Liga Malaysia di RTM bakal muncul dalam telemovie Abang Samseng Jemur Kain di TV3.

HBO The Secret Life of Pets (DUKE_Fahrin Ahmad) 01

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2

Eminem & Rihanna Perform The Monster at 2014 MTV Movie Awards