in ,

Peraduan Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators aka pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! 

Anda mahu menghadiri Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2? Budiey rasa, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi hebat lakonan Andrew Garfield dan Emma Stone ini. Filem yang diarahkan oleh Marc Webb ini juga turut menyaksikan Peter Parker berdepan dengan musuh lebih kuat berkuasa iaitu Elektro lakonan Jamie Foxx serta penemuan semula dengan rakan lama Harry Osborn (Dane DeHaan). Ya, Budiey dah pun menonton trailer filem ini, ternyata filem ini mengingatkan Budiey dengan filem super hero ini yang lepas. Apa yang menariknya dalam The Amazing Spider-Man 2 kali ini? Sama-sama kita nantikan.

The Amazing Spider-Man 2 yang diadaptasikan dari komik Marvel ciptaan Stan Lee dan Steve Ditko akan merungkai kisah sebenar di sebalik kejadian ibu bapa Peter menghilangkan diri ketika dia masih kecil. Dalam filem kali ini, watak Spider-Man bukan sahaja pakar bergayut dari bangunan ke bangunan di bandar raya New York, tetapi mahir memanipulasikan kuasanya.

Sekuel kali ini juga berbeza kerana lebih fokus kepada hubungan di antara Peter Parker yang juga Spider-Man dan kekasihnya Gwen Stacy.

[pullquote]Bercakap tentang The Amazing Spider-Man 2, baru-baru ini, WWF Singapore dan Earth Hour Global telah mengumumkan pengarah, pengeluar, dan pelakon filem paling dinanti-nantikan, The Amazing Spider-Man 2 dIterbangkan ke Singapura untuk meraikan acara perdana global tahun ini untuk Earth Hour Countdown, gerakan akar umbi alam sekitar terbesar di dunia di mana acara mega ini yang telah diadakan di The Float @ Marina Bay pada hari Sabtu 29 Mac 2014, jam 8:30 malam.[/pullquote]

Paling bermakna dan mengujakan apabila pihak Sony Pictures Malaysia turut mengundang Budiey sebagai media blogger untuk buat liputan menyeluruh di acara yang penuh kejutan dan kemeriahan ini. Budiey juga rasa sangat teruja kerana dijemput dan Budiey juga berpeluang untuk menemubual pelakon The Amazing Spider-Man 2 iaitu Andrew Garfield, Emma Stone dan Jamie Foxx serta pengarah filem ini iaitu Marc Webb. Tonton  temubual eksklusif Budiey bersama Emma Stone di SINI.

Spider-Man sebagai duta Earth Hour akan bersama bintang filem itu Andrew Garfield, Emma Stone, dan Jamie Foxx di mana mereka membantu untuk mematikan lampu seluruh mercu tanda Marina Bay, Singapura. Bintang-bintang terkenal ini juga akan memberi sokongan mereka di belakang crowdfunding Earth Hour yang baru dilancarkan dan crowdsourcing platform – Earth Hour Blue, dengan mesej kepada individu di seluruh dunia untuk menjadi Super Heroes untuk planet ini.

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

Sinopsis Filem The Amazing Spider-Man 2:

 We’ve always known that Spider-Man’s most important battle has been within himself: the struggle between the ordinary obligations of Peter Parker and the extraordinary responsibilities of Spider-Man. But in The Amazing Spider-Man 2, Peter Parker finds that a greater conflict lies ahead. It’s great to be Spider-Man (Andrew Garfield). For Peter Parker, there’s no feeling quite like swinging between skyscrapers, embracing being the hero, and spending time with Gwen (Emma Stone).

But being Spider-Man comes at a price: only Spider-Man can protect his fellow New Yorkers from the formidable villains that threaten the city. With the emergence of Electro (Jamie Foxx), Peter must confront a foe far more powerful than he. And as his old friend, Harry Osborn (Dane DeHaan), returns, Peter comes to realize that all of his enemies have one thing in common: OsCorp. Directed by: Marc Webb Screen Story and Screenplay by: Alex Kurtzman & Roberto Orci & Jeff Pinkner Based on the Marvel Comic Book by: Stan Lee and Steve Ditko Produced by: Avi Arad Matt Tolmach Executive Producers: E. Bennett Walsh Stan Lee Alex Kurtzman Roberto Orci Cast: Andrew Garfield Emma Stone Jamie Foxx Dane DeHaan Campbell Scott Embeth Davidtz Colm Feore with Paul Giamatti and Sally Field

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 26 keping tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
29 April 2014 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
GSC 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

Sebanyak 26 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2 di GSC 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

Soalan 1:

Dimanakah Earth Hour yang dihadiri oleh pelakon The Amazing Spider-Man 2 akan berlangsung?

Soalan 2:

Namakan pelakon The Amazing Spider-Man 2 yang ditemubual oleh Budiey di Singapura?

Soalan 3:

Namakan duta Earth Hour 2014

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2

Tarikh tutup peraduan:
25 April 2014

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 1 Mei 2014.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Sony Pictures Malaysia : www.youtube.com/SonyPicutresMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Saya Mahu hadir di #premierewithBudiey kerana saya teruja untuk menjadi salah seorang daripada jutaan peminat #spiderman Dari seluruh dunia di samping ingin menyelami dan melayari kisah cinta Spider-Man dan merasai teknologi kesan khas yang terkini daripada #sonypictures.

  2. Saya mahu hadir di Tayangan Premiere The Amazing Spider-Man 2 kerana filem aksi terhebat 2014 bakal memasuki panggung dan tidak mungkin saya lepaskan peluang keemasan Premiere ini!!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia X Two to Go Low Fares

Ada Sebab Fahrin Ahmad Sering Digoda Lelaki Gay