in ,

Facebook Sekat Video Mat Salleh Puji Malaysia Tangani Covid-19

Korang masih ingat lagi tak dengan video seorang warganegara Amerika, Dustin Pfundheller yang memuji pengurusan Covid-19 oleh kerajaan Malaysia? Namun malangnya video tersebut dikatakan telah disekat oleh Facebook kerana kononnya adalah video palsu dan mengelirukan! Apa kesnya ni?

Apa kejadahnya yang palsu dalam video tersebut? Aiyooo! Dustin kecewa dengan tindakan Facebook ini kerana beliau melakukan ‘cross check’ fakta dan penyelidikan terperinci sebelum menerbitkan video tersebut. Kita semua sedia maklum bahawa Facebook amat payah untuk bertindak atas report-report kita.

Mengapa Facebook begitu mudah bertindak ke atas video Dustin sedangkan ia memaparkan fakta sebenar!

Facebook Sekat Video Mat Salleh Puji Malaysia Tangani Covid-19

Siapa yang begitu berkuasa report sehingga Facebook bertindak?

Atau apakah admin Facebook mempunyai agenda anti-Malaysia atau menjadi alat pihak-pihak tertentu untuk memburukkan Malaysia?

Dustin kecewa dengan tindakan yang menganiaya Malaysia ini. Kisah kehebatan dan kejayaan Malaysia ini perlu diceritakan kepada semua bagi beliau.

Facebook Sekat Video Mat Salleh Puji Malaysia Tangani Covid-19

Malah sehingga kini Facebook tidak menyatakan alasan pun kenapa mereka bertindak menyekat dan memadam video berkenaan seolah-olah ada perancangan jahat Facebook dan Youtube untuk memburukkan negara kita!

Video fitnah Al Jazeera kepada Malaysia sehingga hari ini masih dibiarkan sedangkan beribu-ribu report telah dibuat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Walaupun Covid-19, Segalanya Berjalan Lancar Untuk SUKMA XX

Ada Orang Dalam Mahu Sabotaj & Jatuhkan Bisnes Shuib