in ,

Ada Orang Dalam Mahu Sabotaj & Jatuhkan Bisnes Shuib

Meskipun kedudukan Shuib Sepahtu dalam perniagaan boleh dikatakan berada pada tahap selesa sekarang, pengacara dan pelawak itu mengaku dia sentiasa berwaspada. Betul ke khabar angin kata, shuib sekarang ini berhati-hati untuk hadapi risiko dijatuhkan bekas orang dalam.

Puncanya dia tidak mahu ada “orang dalam” bertindak mensabotaj apa saja yang diusahakannya. Bercakap berdasarkan pengalaman, Shuib berkata, sebelum ini seorang pekerjanya pernah cuba menjatuhkan empayar perniagaannya dengan mengancam untuk menyebarkan konflik di antara mereka kepada umum.

“Baru-baru ni ada orang dalam tak puas hati dan cuba jatuhkan saya. Dia salah seorang pekerja saya.

“Mungkin dia nampak saya sebagai seseorang yang lemah, justeru dia ambil kesempatan dengan ugut nak tularkan perkara berlaku kepada media.

“Pekerja terbabit bertindak demikian sebab ada perkara dia tak puas hati,” katanya.

– Shuib

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan ketiga Bubble Bee di Setapak, Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rasa Tak Boleh Tahan

Diminta mengulas punca berlaku ketegangan tersebut, suami penyanyi Siti Sarah Raisuddin itu bagaimanapun hanya menjelaskan: 

“Jika dia nak mereka-reka cerita dan ketepikan undang-undang, itu adalah salah.”

– Shuib

Kata Shuib yang juga penyampai radio itu, sebagai majikan dia sedikit pun tidak bimbang terhadap diri atau perniagaannya bakal terjejas sekiranya pekerja terbabit mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Saya sebagai majikan dan pengasas perniagaan ni bekerja ikut undang-undang, bayar gaji ikut apa kerja dia buat. Jika saya ada langgar peraturan maka sayalah yang bersalah.

“Senang cakap, jika ikut undang-undang, tak ada benda nak ditakutkan. Saya tak langgar peraturan dari segi akta buruh pun,”

– Shuib

Shuib, 35, berkata bagi menyelesaikan isu berbangkit, dia terpaksa mengambil tindakan memberhentikan pekerja terbabit kerana enggan perniagaan dijalankan mengalami kerugian lebih besar.

“Dia diberhentikan kerja atas sebab merugikan syarikat. Saya tak boleh tahan perbuatan macam tu,”

– Shuib

Sementara itu, ditanya sama ada dia pernah menderita akibat gangguan, diserang makhluk halus atau penyakit mistik sepanjang menceburkan diri sebagai usahawan, Shuib berharap agar perkara sedemikian dijauhkan daripadanya.

“Alhamdulillah, setahu saya tak ada. Tapi apa pun, saya harus beringat dan tidak alpa sedikit pun kerana perkara begini boleh datang tidak diduga.

“Saya kena bersedia, namun minta dijauhkan walau apa pun. Amin,” katanya.

– Shuib
Sumber: MalaysiaKini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook Sekat Video Mat Salleh Puji Malaysia Tangani Covid-19

Fynn Jamal Cuci Tangan, Tak Mahu Pening dengan Masalah Orang