in , ,

Facebook Alami Gangguan Paling Parah dalam Sejarah Hingga IG & Whatsapp Terjejas

Beberapa jam lalu, mungkin ada antara anda yang sedar bahawa berlaku gangguan kepada aplikasi Facebook serta ‘adik-beradiknya’ iaitu Instagram dan Whatsapp. Khabarnya, gangguan ini adalah yang paling buruk dalam sejarah!

Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Keempat aplikasi utama Facebook grup iaitu Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger mengalami masalah.

Facebook alami gangguan terbesar, Whatsapp, Instagram turut terkesan

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah, tiada posting terbaru yang dikesan di ketiga-tiga platform berkenaan.

Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video.

Menurut pemakluman yang dikeluarkan Facebook, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang menyebabkan penggunanya gagal log masuk ke akaun mereka.

Malah, Facebook turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka.

Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector dot com, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.

Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video.

Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila laporan yang diterima setakat ini menyatakan gangguan berkenaan telah memasuki jam kelima.

Mengikut sejarah, Facebook pernah mengalami gangguan akibat masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.

Terakhir kali Facebook mengalami gangguan parah adalah pada 2008, ketika platform media sosial ini baru memiliki 150 juta pengguna, jauh lebih sedikit dibanding penggunanya saat ini yang mencapai 2,3 miliar.

Memandangkan Facebook merupakan platform komunikasi dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka.

Sementara Facebook dan Instagram mengalami gangguan, Budiey perhatikan ramai orang kemudian beralih ke Twitter untuk membuat kemaskini tentang perkongsian harian mereka.

Hashtag #FacebookDown dan #InstagramDown telah digunakan lebih dari 150.000 kali setakat ini.

Beberapa pengguna Twitter yang bekerja di dalam bidang media sosial seperti FB & IG mengatakan mereka agak panik dan menyusahkan sebab tidak dapat menggunakan platform tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Otai Bakal Imbau Memori Silam di Konsert Amal Legenda 80an

Isu Video Panas Viral, Ini Respon & Komen Bapa Aiman Tino