in , ,

Fabio Asher Lancar EP Asher Dengan Single Setia Menunggumu

Penyanyi dan penulis lagu pemenang AMI Awards, Fabio Asher, hari ini menampilkan album mini/EP pertamanya yang bertajuk ‘ASHER’ yang bertepatan dengan ulang tahun single pertamanya “Bertahan Terluka”.


Hanya dalam masa setahun, Fabio berjaya mencetak berbagai prestasi yang membanggakan seperti memengangi Anugerah Musik Indonesia 2022 dalam kategori “Pendatang Baru Terbaik” dan juga dinominasi sebagai “Artis Solo Pria Pop Terbaik”. Empat lagu yang telah Fabio ditampilkan, “Bertahan Terluka”“Rumah Singgah”“Hati Lain Di Hatimu” dan “Akhir Yang Manis” berjaya mengumpukan ratusan stream di pelbagai laman penstriman muzik. 

EP Fabio mengandungi sebanyak tujuh buah lagu, tiga buah lagu baharu dan salah satunya adalah single Fabio yang berjudul “Setia Menunggumu”. Berkisah tentang cinta seseorang terhadap pujaan hatinya yang sudah memiliki kekasih lain dan kerelaan menunggu kekasihnya walaupun tidak tahu sampai bila. “Setia Menunggumu” membawa nuansa ballad pop khas Fabio.

Fabio mengeluarkan tiga klip video muzik untuk tiga lagu baharu dari EP ASHER’. Yogyakarta menjadi bandar Fabio memilih untuk video muzik “Setia Menunggumu”“Shooting untuk video klip kali ini kita kembali memilih kota Yogyakarta. Kebetulan setiap pembuatan MV kita selalu kembali ke Yogyakarta yang menjadi tempat lahirnya video klip ‘Rumah Singgah’ dan ‘Bertahan Terluka’,” ujar Fabio.

FABIO ASHER

Naratif tentang cinta yang ditinggalkan turut menjadi tema di dua lagu baharu lainnya di EP ‘ASHER’. Lagu “Tanpa Rasa Bersalah” menceritakan seseorang yang sudah menaruh kepercayaan penuh terhadap janji dari kekasihnya. Namun tiba-tiba kekasihnya tersebut berubah dan pergi menghilang begitu saja tanpa rasa bersalah.

Manakala, lagu berjudul “Pelangi- (Pelan Pelan Menghilang)” bercerita tentang seseorang yang bertemu dengan kekasih impiannya pada saat dia sedang jatuh dan terluka. Pertemuan yang awalnya begitu indah dan bahagia ternyata hanya sementara. 

FABIO ASHER

Ketiga lagu baharu di EP ini ditulis oleh Fabio bersama sahabatnya Trakast dan penyusunan muzik disiapkan oleh Yafi Aria.

Lagu “Rumah Singgah” dari Fabio hingga kini telah mengumpulkan lebih dari 152 juta stream di pelbagai lamam penstriman sejak ditampilkan pada Mei 2022 lalu. Sementara itu, sehingga hari ini,  video muzik “Rumah Singgah” telah ditonton lebih dari 103 juta kali.

FABIO ASHER

Single perdana Fabio, “Bertahan Terluka”, berjaya menorehkan berbagai prestasi sejak Februari 2022. Lagu tersebut dimainkan lebih dari 135 juta kali di pelbagai laman penstriman muzik dan menghasilkan pencapaiaan  #1 pada carta Viral 50 – Global Spotify dan #1 di Viral 50 – Indonesia Spotify#1 pada Top 100 Indonesia Apple Music. Video muziknya telah ditonton lebih dari 35 juta kali di YouTube.

Fabio Asher dilahirkan di Kotamobagu, Sulawesi Utara, Indonesia  pada 2 Oktober 1993. Beliau mulai menyanyi di sekolah dan memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sebagai penyayi pada 2019.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S23 Series

Era Baharu Telefon Premium Samsung Galaxy S23 Series Dilancarkan Hari Ini

STACY

Pertama Kali! Stacy Bakal Gegar Pentas Dewan Filharmonik Petronas!