in ,

Eyza Bahra Lancar Album SUARA

Mixology Music dan Life Records dengan kerjasama Neway Karaoke Box Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran album Eyza Bahra bertempat di Neway Karaoke 1 Utama.

Album yang di beri judul “Suara” merupakan album sulung Eyza Bahra sebagai penyanyi solo di bawah naungan Mixology Music. Pemilihan nama “Suara “ sebagai judul album adalah kerana perkataan Suara itu sendiri yang menjelaskan kebebasan untuk setiap penghasilan bunyi.

Pelancaran Album 'Suara' Eyza Bahra

Album “Suara” mengandungi 8 buah lagu diterbitkan oleh DJ Fuzz di mana DJ Fuzz menyumbangkan lima buah lagu. Turut dimuatkan “Kau Yang Ku Nanti” sebuah lagu yang popular tahun 80an yang dinyanyikan oleh Dato Yusni Hamid, diberi nafas baru oleh DJ Fuzz. Eyza Bahra turut menulis lirik untuk dua buah lagu iaitu ‘Payung” dan “Jumpa Lagi”.
LAGU-LAGU YANG TERKANDUNG DI DALAM ALBUM “SUARA” :-

1. CAKERAWALA – lagu ini dihasilkan oleh DJ Fuzz dan Eyza Bahra sendiri. Pada asalnya lagu ini di tulis untuk orang lain namun kemudiannya mereka bercadang untuk memberi Eyza Bahra sendiri untuk menyanyikannya.

2. BULAN – lagu ini adalah hasil ciptaan DJ Fuzz dan Zah Amirul. Sentuhan baru untuk Eyza Bahra, ini adalah pertama kali beliau cuba membawakan genre balada.

3. IMAGINASIKU – ciptaan DJ Fuzz dan Akmal (kumpulan mirwana) pada awalnya. Apabila mereka bercadang untuk memilih Eyza Bahra untuk menyanyikan lagu ini, Eyza mula menulis dengan menambah bahagian rap di dalam lagu ini.

4. KAU YANG KU NANTI – lagu lama klasik yang dinyanyikan oleh Yusni Hamid ini diberi nafas baru oleh DJ Fuzz. Dengan dendangan suara Eyza Bahra sendiri, ia adalah sesuatu menarik di dalam album ini sendiri.

5. LANGKAH – lagu ini adalah ciptaan Payung dan ditulis oleh Eyza Bahra sepenuhnya. Lagu yang bersifat nusantara ini adalah sesuatu yang baru dan berlainan daripada lagu-lagu lain di dalam album ini. Salah satu lagu yang wajib di dengar oleh semua.

6. CAHAYA – ciptaan DJ Fuzz dan ViRAL. Lagu ini ditulis berkisarkan tentang kasih sayang ibu bapa yang menjadi cahaya kepada kita sebagai anak untuk kehidupan di dunia.

7. MENTARIKU – Sekali lagi ciptaan DJ Fuzz dan ViRAL. Sesuatu yang baru dicuba oleh Eyza Bahra sendiri, mereka mencipta lagu ini dengan memberi sikit sentuhan K-POP di dalam chorusnya.

8. JUMPA LAGI – ciptaan oleh Aziq dan ditulis sepenuhnya oleh Eyza Bahra, lagu ini turut menampilkan Lawa Nie Geng di dalamnya. dengan sedikit nafas keroncong yang berulang, ia adalah sesuatu yang baru untuk didengar.

Pelancaran Album 'Suara' Eyza Bahra

Pelancaran Album 'Suara' Eyza Bahra

Pelancaran Album 'Suara' Eyza Bahra

Pelancaran Album 'Suara' Eyza Bahra

TENTANG EYZA BAHRA

Eyza Bahra atau nama sebenarnya Noranieyzah Bahra adalah berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah. Beliau dikenali sebagai penyanyi dan penulis yang mengambil kira setiap aspek seni terutama sekali di dalam musik beliau. Sebelum melangkah solo, Eyza Bahra memulakan karier beliau di dalam industri musik bersama dengan kumpulan SALAMMUSIK dan kemudian meneruskan sesuatu yang baru untuk projek solo beliau di bawah naungan Mixology Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Qari Junior 2017 Terima Sambutan Menggalakkan!

Nadia Brian, Syafie Naswip Bercinta Dalam Drama Bersiri SAPE DARI ITALI