in ,

Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran

Pada jam 11.40 pagi tadi, penyanyi, pelakon dan isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin, ERRA FAZIRA telah selamat melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Engku Aleesya Engku Emran. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke Damansara Specialist Centre di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi setelah mengalami kesakitan.

Alhamdulillah, syukur, semuanya selamat dan Erra Fazira dilaporkan sihat walafiat.. Nampaknya, bertambahlah seorang lagi pendengar Suria FM. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal. Engku Emran nampaknya seronok dan teruja dianugerahkan baby perempuan. Mesti comel, kan?

Pada jam 3 petang nanti, Engku Emran telah mengadakan sidang akhbar di Damansara Specialist Center untuk memberitahu keadaan dan tahap kesihatan Erra Fazira serta memberikan gambar bayinya untuk siaran media.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. tahniah erra emran….lama ni tunggu bila nak bersalin,,,,hepi sgt bila dpt taw erra da selamat…besar gak baby gurl ni yer….anyway semoga berbahagia selamanya

  2. tahniah erra and emran huhuu..tak rugi rasa nya dengar suria fm ni..haha..awal pagi dah dengar dj radio tu beritahu erra dalam labor room..sakit ke beranak ni??huhuuu..takutnyer~

  3. Alhamdulillah to Erra & Engku Emran. Kami peminat di Singapura sungguh lah happy mendengar Erra dah selamat bersalin.
    Semangat nya….. mesti comel / cantik mcm Umi nya.
    Anyway congrats once again.

  4. Alhamdulillah…tahniah erra & emran

    sabtu 28/3 lps baru jumpa erra kat damansara specialist….bkn main laju lagi jln….nmpk aktif sgt2….cantik tetap maintain…hehehee..

  5. wahhhhhhh cantik namanyer, mesti baby aleesya secantik mummy nyer…..tahniah…..tk sabar weh nk tgk anak ratu cantik malaysia ni…

  6. semangat gak bb era ek..4kg 2…mcmne klu bb aku nnt pn bsr mcm 2 ek?..aku ni dh la kck je..mcm xsuai lak ..erra org kg,mesti dia pantang cre kg..mmm…tp nk cntk nye psl,kne la thn ye x?..pape pn congrate…doa yg terbaik utk erra n emran..

  7. muga2 lepas ni, mereka akan dikurniai seorg putra pulak.Engku Elisya pasti ngikut paras ayahandanya,manakala, putra biarlah ikut wajah ibunya.Tahniah Budiey,kerna dpt scoop antara yg terawal arini.

  8. tahniah buat kak erra and family…
    nampaknya keluarga sebelah kak erra dan abg emran bertambah lagi…
    teruskan perjuangan dalam bidang seni ek…
    saya sokong dgn pendapat Intan…
    moga2 lps nie dpt seorg putera pulak ek…
    amin…

  9. Syukur Alhamdullillah selamat buat kedua2nya. Tahniah ERRA & EMRAN telah lahir seorang lagi anak Adam ke dunia ini. cantik dan simple namanya Engku Alisya. Wow 4.04kg tapi lahir normal, satu keajaiban……

  10. bestttttnyeeerrrr…. tak sabo nak tengok ank erra…
    mesti cute baby girls…
    “cngratz to erra & emran”
    semoga memberi didikan menjadi ank yg solehah….

  11. syukur. Alhamdulillah.Penantian buat erra dan emran sudah berakhir dengan kegembiraan. Anak adalah anugerah. Jagalah sebaik mungkin.

  12. Tahniah kak Erra & Abg EE koz dh jd Mum & Dad.. Msti ank kak erra ni Comey mcm kak erra.. 4.04kg ( sihat tu!!… ). Semoga Baby sihat selalu.. x sbr nk tgk gmbr baby kak erra.. Congrat again!!

  13. 4 KG LAHIR SECARA NORMAL…ADUH..MESTI SAKIT..SUSPEN LA PLAK AKU..NK BERANAK BULAN OGOS NIH..SEBELUM NIH ANAK AKU YG FIRST 3.12 KG ..YG KEDUA 2.85..MINTK2 DIPERMUDAHKAN LA..KALU IKUT DR BAYANGAN DR AYAH DIA SI EMRAN..BIBIR CAM ERRA..KULIT PUTIH KEMERAHAN..DGN BERAT 4 KG..MESTI COMEY NIH..ANAK RATU LA PLAK..DIDIKLAH ANAK ITU SEBAIK MUNGKIN..ERRA N EMRAN PUN TAK NAK ANAK DIA ORG JADI ARTIS..ELOKLA TU..DGR KATA KALU BOLE DIA ORG NK ALEESYA JADI PEMAIN GOLF TUH…AKU PLAK KALU ANAK DPT JADI CIKGU PUN SYUKUR DAH..BUKAN SENANG NK DIDIK ANAK ZAMAN MENCABAR NIH..JANJI ANAK TU BAIK..

  14. Salam buat Erra Fazira and Engku Emran mendapat anak perempuan. Itu lah dia anugerah dari Tuhan. Doa dari saya semoga bahagia selalu.

  15. Alahamdulillah..syukur semuanya selamat..hepi sesangat bila dengar berita ni..semoga baby n mummy erra sihat..tahniah!!
    Tak sabar nak tengok gambar baby Erra n Emran..msti cute!!
    Heppi nyer…. 🙂

  16. tahniah sy ucpkan kepada erra kerana melahirkan baby pmpuan……… x sbr nk tngk ank erra………………………………………

  17. Cngrtulation 2 ka ef n abg ee..Muga2 kehdiran bby aleesya ne lbh memberikn kceriaan & kebhgiaan pda mrka..Kta hapi tgk ka erra slmt melhrkn pa2 pun x sbr tngk bby ee n ef ne msti cumel gilerlh knpom..

  18. Permata hati Erra

    Oleh Farihad Shalla Mahmud
    [email protected]

    Kehadiran Engku Aleesya lengkapkan sinar bahagia bersama Engku Emran

    JIKA pasangan sensasi Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt, Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes boleh berbangga dengan cahaya mata masing-masing seperti Shiloh dan Suri, apa kurangnya dengan pasangan suami isteri terkenal Malaysia, Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang kini sedang enak mengulit bahagia dengan kelahiran cahaya mata pertama, Engku Aleesya.

    Populariti yang dimiliki kedua ibu bapanya serta menjadi zuriat pertama kepada pasangan ini membuatkan kehadiran Engku Aleesya amat ditunggu-tunggu. Tentu saja ramai yang ingin melihat apakah Engku Aleesya secomel ibu dan bapanya, yang sebelum ini disifatkan ramai seperti pinang di belah dua.

    Pun begitu, seperti juga Shiloh dan Suri yang sebelum ini dikawal ketat sehinggakan media gagal atau tidak dibenarkan merakamkan gambar mereka untuk tatapan ramai, begitulah juga yang dilakukan Erra dan Emran.

    Cuma tujuan dan alasan mereka berbuat demikian sedikit berbeza.

    Bagi pasangan kontroversi dari Barat itu, tujuan mereka ‘menyorokkan’ wajah bayi mereka adalah semata-mata untuk untuk mengaut keuntungan dengan menjual hak penyiaran eksklusif, tetapi bagi Erra dan suami, mereka sejujurnya mahu berlaku adil kepada semua media yang selama ini begitu menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka.

    “Erra dan suami ingin meminta maaf kepada semua peminat yang selama ini mendoakan kesejahteraan Erra. Bukan Erra tak mahu siarkan wajah Aleesya tetapi Erra sebenarnya mahu berlaku adil kepada semua pihak.

    “Biarlah Aleesya besar sikit dan Erra janji, pada majlis cukur jambul Aleesya nanti yang akan diadakan sebaik saja Erra selesai berpantang, Erra akan benarkan semua jurugambar merakamkan gambarnya,” janji Erra ketika ditemui di sebuah hospital di Damansara, tempat di mana dia melahirkan bayi comel seberat 4.04 kilogram itu.

    Tegas Erra, keputusannya itu turut mendapat persetujuan daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Namun begitu, Erra tetap membenarkan sekumpulan media yang hadir untuk melihat anaknya yang sedang nyenyak tidur itu. Benar seperti yang dikatakan Emran, Aleesya mempunyai mulut mirip ibunya.

    Ditanya apakah sebelum ini mereka ada mendapat tawaran daripada mana-mana majalah yang ingin menyiarkan wajah anak mereka secara eksklusif, sambil ketawa, Emran menggelengkan kepala.

    “Tak adalah, kalau adapun saya tak akan berikan,” ujar Emran sambil memberitahu dia juga tidak akan membenarkan Engku Aleesya berlakon memandangkan sebelum ini memang ada ura-ura untuk membawa bayi comel itu ke layar kaca.

    Bukan mahu cuba merencanakan masa depan anaknya tetapi bagi Erra, kalau boleh biarlah anaknya itu nanti memilih kerjaya yang lari dari bidang seni.

    “Kalau boleh biarlah bidang seni itu nanti menjadi pilihan terakhir buatnya. Tetapi andai dia memang mahu menjadi anak seni, saya tidak akan menghalang. Saya akan bekalkan dia dengan panduan berguna.

    “Tetapi kalau ikut ayahnya, dia mahu anaknya menjadi pemain golf terkenal macam Tiger Wood. Malah dalam menunggu saya nak bersalin sempat juga dia melihat internet untuk mengetahui perkembangan sukan itu,” kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem pecah panggung Sembilu ini.

    Lebih melucukan, bagaikan berpakat, Emran yang ditemubual lebih awal turut melahirkan hasratnya untuk melihat anak sulungnya itu menjadi pemain golf terkenal.

    Sebagai bapa yang terdedah dengan arus kemodenan, Emran berkata dia menggunakan pendekatan yang agak terbuka dalam mendidik anaknya nanti.

    “Setiap insan ada hak mereka sendiri dan sebagai bapa saya nanti harus menghormati haknya sebagai seorang anak.saya biarkan dia yang buat pilihan sendiri dalam apa juga keputusan namun pada masa yang sama, kita berikan pandangan kita,” tutur Emran.

    Menceritakan detik-detik kelahiran Engku Aleesya, Emran berkata isterinya itu sudah mula mengadu sakit sejak hari Sabtu lalu.

    “Namun sakitnya semakin menjadi-jadi malam kelmarin (Ahad).Justeru, dalam pukul 11 malam saya bawa dia ke hospital. Selepas melakukan beberapa proses seperti induce bagi mempercepatkan kelahiran, akhirnya pada jam 11.40, Aleesya selamat dilahirkan.

    “Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat-sangat kerana isteri saya dan anak, semuanya sihat. Sepanjang Erra berada di dewan bersalin, saya menemaninya. Malah, sempat juga saya rakamkan detik-detik kelahiran Aleesya.

    “Selama ini saya tak pernah lihat Erra merasa sakit seperti itu. Satu pengalaman baru buat saya,” kata Emran yang juga Ketua Pegawai operasi Suria FM dalam nada teruja.

    Ditanya apakah hasrat untuk menambah ahli keluarga baru akan tetap diteruskan selepas melalui pengalaman itu, secara berseloroh Emra menjelaskan, faktor usia membuatkan mereka tidak mahu menangguhkan usaha itu.

    Sebak menguasai diri

    TANYALAH kepada mana-mana ibu di seluruh dunia, saat melahirkan bayi pertama menerbitkan satu pengalaman yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Dan itulah juga yang dialami Erra sebaik saja melahirkan Aleesya.

    “Sebaik saja Aleesya lahir, doktor yang menyambut kelahiran Aleesya itu terus meletakkan dia di pangkuan saya. Masa itu keadaannya masih lagi basah dan berselaput macam plastik. Mula-mula memang rasa pelik tapi lama kelamaan, rasa sebak menguasai diri.

    “Mana tidaknya, insan yang amat dinanti-nanti, yang Erra bawa dalam kandungan selama sembilan bulan akhirnya muncul di depan mata. Ia adalah satu pengalaman yang hebat buat Erra,” katanya yang begitu rancak berbual walaupun badannya masih dalam keadaan lemah.

    Mengenai pilihan nama Engku Aleesya, Erra berkata nama itu adalah pilihannya sendiri yang bermaksud dilindungi.

    “Kami memang sediakan tiga hingga empat nama dan nama ini dipilih berdasarkan maksudnya serta sebutannya yang lembut. Manakala nama yang lain bunyinya agak keras dan rugged sikit. Tengoklah, mungkin yang lain itu akan digunakan untuk anak-anak yang lain,’ cerita Erra yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa secalit mekap.

    Biarpun akan menjalani tempoh berpantang secara tradisonal, namun Erra juga akan mencuba cara moden terutama dalam bab mengembalikan tubuh dalam bentuk asal.

    p/s :Kalau dah Ratu Cantik masa bersalin pu maintain cun:-) ….. Erra yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa secalit mekap.

    ——————————————————————————–

    Hak Cipta Terpelihara 2007 – Berita Harian Sdn. Bhd.1/4/09

  19. Anugerah Bintang Popular ahad ni x dapat la tengok mum Erra melaram ye.hehehe.Takpelah ‘ANUGERAH BAYI ENGKU ALEESYA’ lebih bermakna daripada anugerah yang lain

  20. Eh, hari Ahad kol 11-40 ker?..kebetulan saye tercakap kat husbnd bila nak masuk tido -‘Erra da bersalin ke?ntah2 mlm ni bersalin..xsaba nak dgr erra bersalin’..alhmdlh, tahniah erra & emran, juga aleesya yg mmpunyai parents sehebat erra n emran. Kpd insan yg komen ‘rabak’ tu,..saye rase statemnt tu x sesuai, sprti tdak mghormati ibunya dan kaum ibu yg lain..tambahan pula saye juga bru melahirkn kembar perempuan dgn berat 4kg, songsang, secara normal, dan tanpa jahitan pun…KUASA tuhan, menjangkau pemikiran manusia…

  21. moga kak erra dan suami bahagia hingga ke akhir hayat..(.amin..) dan utk baby aleeysa bila besor nanti jan nkl2 ye dgr nasihatayah dan ibu jan derhaka…….ok

  22. Betul tu zeti….kuasa Allah SWT melebihi segalanya…Tak terjangkau oleh pemikiran manusia…Erra memang ikhlas nak bersalin normal…alhamdulillah…diperkenankan dan dipermudahkan…Kita hormati orang lain jika kita juga ingin dihormati…

    p/s: SERONOK TENGOK CERITA ARTIS MALAYSIA – ERRA FAZIRA SEMALAM DI ASTRO RIA….MALAM NI EPISOD AKHIR DAH DRAMA MERTUA VS MENANTU….SEDIHNYA….

  23. Mcm tak caye jer..tp beno. Sy ada kawan, dia punya bb pun 4.06kg dulu (kira lebih skt je) tp dia tak dpt lahirkan scra normal.. Tapi erra dpt pulak..Taniah!! Kdg2..kuasa Tuhan 2 x dpt kita ramal. Sy ada bb..2org..dua2 bb boy, sorang tu dlu 2.99kg je, yg 2nd ni 2.95kg je masa lahir..tapi sekarang dua2 gendut..Haha..

  24. assalamualaikum…
    tahniah erra kerana slmt melahirkan baby girl..cantik nama..
    bahagianya hidup ini bila bergelar ibu……..
    mesti cantik mcm ibunyer…
    aper pun…didiklah dia menjd anak yg soleh..amin…

  25. Assalamualaikum….kak erra…..wah!!!!!!!!alhamdullillah….syukur sgt2……kak erra dah selamat melahirkan anak pertama…….dan selamt menjadi ibu kepada anak2 akak dan engku emran………k…bimbinglah anak akak jd anak yang soleh dan solehah kelak……okay…allahualam…wassalam…

  26. Assalamualaikum,
    Selamat Hari Ibu buat Erra & sekalung tahniah buat pasangan Erra & Engku Emran kerana mendapat baby Engku Aleesya yang secanti ibunya.
    Mudahan cepat dapat adik buat Engku Aleesya.
    Wasalam.

  27. Assallammuallaikum dan tahniah buat pasangan Erra & Engku Emran kerana sudah bergelar ibu dan ayah. Mudahan hidup kalian lebih bahagia dengan kehadiran Baby Engku Aleesya. Harap habis pantang bertambah lagi seorang adik buat Engku Aleesya.Amin.

  28. From innit.. drop by.
    Why choose netvibes, pageflakes, blogline etc? join ceria.my and post your recent blog or previous blog or all your blog link in the website to increase more traffic. Join for free and just leave your blogs link on ceria.my

  29. watak era tetap unggul dlm mentua vs menantu 2.saya adalh peminat cerita tu.saya tk ketinggalan lg episod mentua vs menantu2 wlpn sbk dgn tugas harian.wlpn sbk saya dan keluarga tk keluar pd rabu mlm khamis.ceritanya bnyk tauladan bg org yg dh berkahwin.semoga era dpt memegang watak tu hgga ke akhir episod mentua vs menantu 2.semoga berjaya dlm bidang yg diceburi.bye,,,

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Artis Maestro Diurus Oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd Mulai 1 April

Apa Yang Baru Dalam Teater Patung Kertas Musim 2