in

Apa Yang Baru Dalam Teater Patung Kertas Musim 2

Kenyataan daripada Penerbit Eksekutif
 
Patung Kertas Musim Ke 2 (PK2), akan kami tampilkan dengan penambahan – penambahan yang baru didalam dialog yang lebih bersesuaian dengan keadaan masakini. Dan juga beberapa babak yang dipercantikkan lagi dan dikemas kinikan.
 
Pembabitan Datuk Jalaludin Hassan, Ashraf Muslim dan beberapa lagi pelakon adalah sangat kami hargai, namun tidak pernah kami berniat untuk memperendahkan sesiapa kerana mesej yang akan kami sampaikan kepada penonton bukannya bertujuan untuk memalukan sesiapa. Mesej yang positif yang akan kami terapkan didalam PK2.
 
Ini yang telah dipersetujukan oleh kami pihak penerbit setelah perbincangan dengan Pengarah Lokman Ghani & Penulis skrip A. Wahid Nasir. Setelah perbincangan tentang penambaha pelbagai aspek, kami berjumpa dengan Datuk Jalaludin, niat kami untuk mementaskan semula Patung Kertas ini kami usulkan dan setelah mendengar misi, visi  dan penambahan yang akan kami perbuat barulah Datuk Jalal bersetuju untuk berlakon dalam PK2.
 
Di PK2 juga, Kami menambah 2 lagi karektor seorang berbangsa Cina dan seorang lagi berbangsa India. Memberikan semanggat Muhibah yang ada dalam masyarakat Malaysia.
 
Harapan kami agar kali ini peminat – peminat teater akan dapat menyaksikan PK2 dengan minda yang terbuka, moga mesej positif yang kami akan terap didalam PK2 dapat dirasai bersama.

SELANG setahun selepas membintangi teater ‘Muzikal Patung Kertas’ buat pertama kalinya di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), aktor Datuk Jalaluddin Hassan kembali beraksi di pentas menerusi teater tersebut mulai 23 April hingga 3 Mei depan di situ.

Dengan perasaan teruja dan gembira apabila menerima peluang kali kedua ini, aktor yang mesra dengan panggilan Jalal ini menganggapnya sebagai medan untuk menebus kelemahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Saya akui semasa pementasan yang pertama dahulu, banyak kelemahan yang telah saya lakukan kerana saya hanya sempat melakukan latihan kira-kira seminggu sebelum pementasan berlangsung disebabkan terikat dengan komitmen lain.

“Saya rasa tak adil pula untuk semua orang termasuk diri-sendiri. Insya-Allah, saya akan gunakan pengalaman dan kreativiti yang ada untuk mengatasi kekurangan sebelum ini. Saya juga sayang dan hormati rakan-rakan pelakon lain (mak nyah) dan teruja untuk berlakon buat kali kedua bersama mereka. Banyak yang saya pelajari daripada mereka dan menanti untuk pementasan ini. Begitu juga dengan Ashraf Muslim. Saya tak kisah meminta pendapat pelakon muda sepertinya untuk mencantikkan persembahan kami.”

“Sekarang, saya turut terikat dengan beberapa pementasan lain seperti teater ‘Muzikal Ibu Zain’ pada 13 hingga 22 Mac di sini, Bangsawan ‘Semerah Padi’ (10 hingga 12 April) di Panggung Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Jadi, untuk Muzikal Patung Kertas kali ini, Insya-Allah saya akan perhalusi. Saya tak nak janji yang saya akan berikan komitmen 100 peratus dalam teater ini kerana bimbang sekiranya cakap saya hanya indah khabar dari rupa,” ujarnya yang cuba mempelajari cara melakonkan sesuatu watak, dan intonasi suara menerusi eksperimentasi sendiri. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran

Pementasan Patung Kertas Musim ke 2