in ,

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu

Berita tergempar hari ini, sudah pasti ramai yang terkejut dengan pengesahan Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan Engku Emran pada jam 12.50 tengah hari tadi di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Akhirnya segala gossip dan desas-desus mengenai keretakan rumah tangga Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, 18 Februari 2014. Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Erra Fazira

[pullquote]Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor). Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.[/pullquote]

Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi. Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya.

Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).

Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee. Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.

Erra Fazira

[pullquote align=”right”]Dalam perkembangan yang sama, selepas persetujuan kedua-dua belah pihak, Engku Emran telah diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak mereka, Engku Aleesya dan Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Keputusan dibuat tanpa sebarang pertikaian dari kedua belah pihak. Erra Fazira juga bersetuju untuk tidak meminta sebarang nafkah dari bekas suaminya.[/pullquote]

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian. Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya. Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.

“Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai.”

Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.

Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato Shake Lancar Muzik Video UMI Versi Terbaru

Episod Akhir ARIANA ROSE Cecah 4.5 Juta Penonton