in , ,

Erra Fazira & Awie Rakam Lagu Duet Baru CINTA MAKRIFAT

Minggu lalu bermulanya jadual yang padat dan sibuk untuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain di mana mereka telah mulai menjalani latihan intensif untuk persiapan persembahan di Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya. Budiey lihat mereka sangat gigih dan tekun berlatih demi memastikan semua penonton yang hadir berpuas hati dengan mutu lakonan dan persembahan mereka nanti.

Selain sibuk berlatih, Budiey telah mendapat info terkini di mana sebuah lagu baru nyanyian duet Awie dan Erra Fazira berjudul CINTA MAKRIFAT telah pun siap dirakam. Lagu CINTA MAKRIFAT ini adalah sebuah lagu baru yang dihasilkan hanya eksklusif untuk persembahan mereka di Konsert Teaterikal Suara Kita dan tak syak lagi bakal menjadi hits. Budiey sudah pun mendengar sedikit sedutaan selama 20 saat di Youtube. Ternyata, hasil duet kali pertama antara Awie dan Erra Fazira ini akan menjadikan semua peminat dah tak sabar untuk menonton persembahan mereka.

Untuk info pembaca, lagu CINTA MAKRIFAT ini dihasilkan sepenuhnya, lirik dan lagu oleh Erma Fatima dan susunan muzik pula dibuat oleh Semut.

Secara eksklusif, beberapa gambar semasa rakaman lagu ini di studio untuk tatapan pembaca.

Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan mereka di Istana Budaya dengan membeli tiket yang sekarang sedang hangat dijual di www.ticket2u.biz.

Harga harga tiket adalah seperti berikut :

RM 79.00, RM 149.00, RM 199.00, RM 249.00, RM 299.00, RM 349.00, RM 399.00 dan RM 499.00

Pihak penerbitan juga menawarkan promosi pra-jualan potongan 10% hanya sah dari 15 Januari sehingga 1 Februarii 2014 sahaja.

Meet & Greet Bersama Awie, Erra Fazira & Ziana Zain

Selain itu, bagi pembeli tiket tiket yang berharga RM 399.00 dan RM 499.00, anda layak untuk mendapatkan jemputan ke majlis jamuan dan beramah mesra bersama artis artis yang terlibat pada 9 Mac 2014, jam 9.00 malam, dengan bayaran tambahan sebanyak RM 150.00. Peluang ini hanya terhad kepada 500 orang penonton sahaja.

Awie, Erra Fazira

Awie, Erra Fazira

Awie, Erra Fazira

Awie, Erra Fazira

Awie, Erra Fazira

Awie, Erra Fazira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fahrin Ahmad Buli Emma Maembong Dalam Drama YES BOSS

Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap 2