in

Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap 2

Filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 sekali lagi mendapat sentuhan eksklusif Ernie Chen selaku pengarah filem. Kemunculan filem seram komedia, Suatu Malam Kubur Berasap 2 yang dinantikan kini telah tiba. Filem ini akan menjanjikan lebih keseronokan dalam elemen seram komedi yang bakal berasap di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Dibintangi oleh pelakon-pelakon hangat seperti Kumpulan SHIRO, Azad Jazmin, Rahim R2, Kumpulan BOCEY, Kumpulan CUIT dan ramai lagi.

Kemeriahan dunia lawak semakin rancak apabila munculnya sebuah kumpulan yang telah menjuarai program realiti. Kumpulan ini terdiri daripada Amir dan Nayan yang kedua-duanya merupakan kawan baik sejak dari kampung. Pada ketika nama mereka sedang melonjak naik, pengarah dan penerbit filem terkenal En Kong Keng Huat telah mempelawa mereka untuk berlakon di dalam sebuah filem seram.

Namun begitu, kedua-dua mereka hanya berkebolehan untuk berlakon di dalam cerita komedi sahaja. Hal ini kerana mereka sememangnya tidak mempercayai alam mistik serta kewujudan hantu dalam kehidupan ini. Pengalaman dan kegagalan drama-drama seram sebelum ini membuatkan Amir dan Nayan tidak mahu melibatkan diri dalam lakonan filem seram yang ditawarkan kepada mereka.

Atas nasihat dan umpan yang telah diberikan oleh Chot, mereka bersetuju untuk pulang ke kampung halaman mereka untuk menimba pengalaman seram. Ini kerana meraka mengenali seorang bomoh bernama Tok Mat di kampung mereka. Tok Mat juga mempunyai seorang anak gadis bernama Julia dan mereka berdua juga menyimpan perasaan terhadapnya.

Sedikit demi sedikit kejadian telah dilalui mereka. Setiap malam pelbagai perkara yang telah terjadi. Pelbagai persoalan bermain di fikiran mereka. Mereka seolah-olah keliru dengan apa yang terjadi di dalam rumah tersebut. Apakah yang berlaku di rumah itu? Siapakah yang menggangu mereka? Adakah mereka selamat di rumah itu? Berbaloikah pengalaman yang dilalui untuk masa depan karier mereka?

Segalanya bakal terjawab di dalam Filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP 2.

Suatu Malam Kubur Berasap 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira & Awie Rakam Lagu Duet Baru CINTA MAKRIFAT

Samsung Galaxy Tab Percuma Dengan Melanggan Malay Mail Digital