in

Erin Malek Berjaya Lulus Lesen Menyelam

Semalam, dalam jam 3 petang, Budiey sempat hadir di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Filem Malaysia yang diadakan di Menara Kuala Lumpur. Serentak dengan majlis itu, diadakan juga Majlis Penyampaian Anugerah Persatuan Filem Malaysia. Tahniah kepada pemenang~!

Tak ramai selebriti yang hadir sebab kebanyakan yang datang adalah pengeluar dan pengarah filem. Mungkin mereka sibuk dengan aktiviti seni mereka. Antara yang Budiey nampak di sana ialah Erin Malek, Syanie dan ibunya, Norman KRU, Aziz M. Osman dan Shuhaimi Baba.

Sempat berborak dengan pelakon yang semakin meningkat remaja, Erin Malek. Akan datang, Erin Malek akan berlakon drama Hati Yang Terpinggir terbitan Eurofine. Selepas selesai mengambil peperiksaan PMR, Erin Malek kini rasa lega sikit. Ada dekat 4-6 bulan juga, Erin berhenti berlakon. Jadi, masa yang terluang ini, banyaklah yang dirancang oleh Erin Malek termasuklah ingin melancong ke Korea bersama seorang kawannya.

Terbaru, Budiey nak ucap tahniah kepada Erin Malek sebab dia dah berjaya mendapat lesen menyelam di Pulau Perhentian. Erin Malek telah mendapat keizinan daripada mama dan abahnya untuk dapatkan lesen ni. Kira ini adalah hadiah hari jadi Erin yang sangat berharga. Memang bagus juga untuk Erin sebab ada kelebihan apabila ada drama yang mahukan pelakon yang boleh menyelam, jadi, Erin tentunya boleh buat.

Tahniah juga dari Budiey sebab Erin adalah pelakon kanak-kanak yang pertama di Malaysia berjaya lulus lesen menyelam.

Akan datang, Erin mahu cuba menyelam melihat kehidupan di dasar laut di Pulau Tioman pulak.

Gambar Terbaru Erin Malek di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Filem Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Kembara TV3 Edisi Raya Hotlink

Fouziah Ghous Pegang Watak Ibu Dalam Berikan Aku Kasih