in ,

ERA fm Sarawak Bakal Anjurkan Konsert ERA Rock Sarawak

Jika tahun lalu, ERA fm Sarawak telah menganjurkan Konsert ERA Sayang Sarawak (KESS) khas buat pendengar setia ERA fm sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Pada tahun ini pula, ERA fm Sarawak bakal membawakan pentas hiburan yang pasti menggegarkan Bumi Kenyalang dengan menganjurkan Konsert ERA Rock Sarawak (KERS).

ERA fm Sarawak

ERA fm Sarawak Bakal Anjurkan Konsert ERA Rock Sarawak

[dropcap]S[/dropcap]edikit kelainan yang bakal ERA fm Sarawak tampilkan berbanding konsert sebelum ini iaitu sebuah pentas hiburan bertemakan rock, yang ERA fm Sarawak turut mempersembahkan beberapa artis rock popular tanahair yang akan diumumkan nanti bagi memeriahkan lagi malam kemuncak Konsert ERA Rock Sarawak (KERS) pada 24 September 2016 (Sabtu), bermula 8 malam hingga 11.30 malam bertempat di Padang Merdeka, Kuching.

Para pendengar ERA fm Sarawak dan juga seluruh penduduk Sarawak dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dan masuk adalah percuma. Ini juga merupakan masa yang amat sesuai terutamanya buat peminat muzik rock di Sarawak menonton persembahan para artis kegemaran mereka secara lebih dekat.




Konsert ini dibawakan khas buat semua pendengar setia ERA fm Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada mereka diatas sokongan yang telah diberikan kepada stesen ERA fm Sarawak sepanjang tahun ini.

Pendengar ERA fm Sarawak juga berpeluang untuk memenangi pass rockzone dan jemputan sesi beramah mesra Konsert ERA Rock Sarawak (KERS). Dengarkan frekuensi ERA 96.1FM di Kuching, 101.3FM di Miri dan layari laman web, www.era.fm, fbsarawak.era.fm atau ikuti Instagram erafmsarawak untuk maklumat lanjut bagi memenangi konsert ini.

ERA fm Sarawak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Lancar Program Kesetiaan U Special

Gambar Sekitar Afgan Sides Live in Malaysia 2016